BANTUANSARASTR TambahanSumbangan Asas Rahmah

Kategori Penerima Bantuan RM600 One-Off : Semak Sekarang

Kategori penerima bantuan RM600 one-off bagi inisiatif tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) adalah terdiri daripada penerima STR 2023. Untuk makluman, pengkreditan telah mula dijalankan pada hari ini iaitu 7 Ogos.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Bagi sedia maklum, pemberian Sumbangan asas rahmah ini adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan tambahan kepada penerima STR. Kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan tambahan ini kepada mereka yang berkelayakan memerlukan.

Untuk makluman, insentif khas ini tidak perlu dimohon kerana ia diberikan secara automatik kepada penerima STR yang berstatus miskin tegar melalui data e-kasih. Semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif SARa ini boleh dilakukan secara online.

TARIKH BAYARAN

Pemberian bantuan khas ini akan diagihkan secara 2 kaedah mengikut kategori penerima bantuan RM600 SARa MyKasih seperti di bawah :

PENERIMA SARa (SEMENANJUNG)

  • Pemberian secara setiap bulan RM100 bermula Julai sehingga Disember 2023

PENERIMA SARa (SABAH, SARAWAK DAN LABUAN)

  • Pemberian bantuan akan diberikan secara One-off RM600 pada 7 Ogos 2023

Info : Kategori penerima bantuan RM600 one-off adalah mereka yang menetap di negeri Sabah, Sarawak dan labuan sahaja. Bagi penerima negeri di semenanjung akan dapat RM100 setiap bulan sehingga Disember nanti.

KRITERIA KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi PGK

SEMAKAN STATUS

Kepada mereka yang merupakan ahli penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan sama ada layak atau tidak terima bantuan SARa ini. Untuk semakan sila ke laman rasmi MyKasih SARa – SEMAK DISINI

Sekiranya anda layak, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan dilakukan. Jika tiada paparan bermakna anda tidak layak menerima insentif tambahan ini.

Kepada mereka yang layak, amaun bantuan yang dikreditkan boleh digunakan untuk membeli barangan keperlukan asas rumah. Bantuan ini adalah bagi meringankan beban mereka yang terdiri daripada golongan miskin tegar.

INFO LANJUT

Untuk semakan lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini. Sila ke laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button