BANTUANBaucar

Panduan Cara Tebus Kredit RM 400 Untuk Rakyat Malaysia

Untuk makluman umum, jika anda sedang mencari barangan peralatan elektrik, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE (3.0) dari pihak Kerajaan.

Pengenalan SAVE 3.0

Bagi pengetahuan umum, program ini ialah merupakan sambungan daripada program save 1.0 dan save 2.0 sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik bulanan.

Dengan adanya Program SAVE ini, anda boleh menebus sehingga maksima RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barangan elektrik – cekap tenaga. Program E-rebat maksimum RM 400 untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang telah diiktiraf dan menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga – ST.

Syarat Kelayakan SAVE 3.0

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk menebus RM 400 seperti berikut :

  • Kepada penerima e-rebat bagi program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 program SAVE 3.0
  • Program tebus baucar ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First come first serve’
  • Program ini hanya diberikan kepada individu / isi rumah yang berstatus warganegara Malaysia sahaja
  • Pembelian boleh di buat secara atas talian (Online) di platform e-dagang seperti Shoope , Lazada dan PG Mall
  • Pembelian boleh di buat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya berdaftar

Terdapat 2 kategori dalam Program SAVE 3.0 iaitu :

  1. Kategori 1 – Pembelian Penghawa dingin atau Peti sejuk
  2. Kategori 2 – Pembelian Mesin basuh, Televisyen, Periuk atau Ketuhar gelombang mikro
Kadar Tebus Baucar SAVE 3.0

Kepada setiap isi rumah yang layak bakal mendapat maksima sehingga RM 400 e-rebat – RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50- RM 200 untuk kategori 2. Bancar ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan peralatan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang sahaja.

Cara Tebus Baucar

Jika anda ingin menbus baucar e-rebat SAVE 3.0 secara atas talian, anda boleh terus layari Platform e-dagang yang telah disediakan di bawah :

  • Jika ingin membuat pembelian di Shoope sila layari pautan rasmi – DI SINI
  • Jika ingin membuat pembelian di Lazada sila layari pautan rasmi – DI SINI

Untuk makluman anda, tempoh perlaksanaan program ini telah ditetapkan bagi tahun 2022. Anda boleh menebus baucar dalam tempoh tahun ini dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Program tebus baucar ini, anda boleh layari Portal Rasmi Saveenergy – KLIK DISINI

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan. Jika anda ingin semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda menbuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button