BANTUANBelia

Cara Permohonan Insentif Kewangan BKPKK 2022 Berjumlah RM 1,800

Pada tahun 2022, pihak Kerajaan telah mengumumkan pelbagai Insentif kewangan baru dan juga telah meneruskan Bantuan sedia ada seperti Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan lain-lain lagi. Secara umum, bantuan bantuan dari pihak kerajaan amat penting bagi membantu golongan berpendapatan rendah dari segi meringankan beban dan kos sara hidup pada tahun ini.

Kepada anda yang terlepas pandang bekenaan senarai bantuan pada tahun 2022 yang layak untuk anda membuat permohonan, boleh terus ke pautan yang telah kami sediakan – DI SINI

Salah satu Program Bantuan Insentif kewangan yang terus dilancarkan pada tahun ini ialah Insentif kewangan BKPKK yang mungkin anda terlepas pandang kerana pada tahun lalu sudah ada Insentif ini.

Di bawah pihak kami telah sediakan maklumat mudah faham tentang Insentif Bantuan Kewangan BKPKK yang anda perlu tahu jika berkelayakan.

Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan Bantuan Kewangan ini kepada Pelajar Kolej Komuniti yang berkelayakan melalui BKPKK.

Syarat Kelayakan Insentif Kewangan BKPKK

Kriteria dan syarat kelayakan untuk pelajar menerima bantuan BKPKK ini seperti di bawah :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Kepada yang layak menerima bantuan ini ialah Pelajar yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang sah dan berpendapatan bulanan semasa mereka sebanyak RM 3,000 dan ke bawah tanpa tertakluk pada jumlah tanggungan isi rumah
  • Insentif Kewangan ini di berikan kepada pelajar kolej komuniti yang mengambil sijil jangka panjang sahaja yang melibatkan pengajian sekurang kurangnya 4 semester
  • Pelu menandatangani 2 salinan perjanjian- tidak perlu penjamin
  • Calon penerima bantuan tidak boleh mempunyai penaja lain / biasiswa dalm tempoh program ini
  • Perlu mengisi borang penyata gaji / pendapatan bulanan terkini keluarga
Cara Permohonan

Untuk makluman, Tawaran dan semakan program boleh di buat secara online (atas talian) melalui Laman Rasmi Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan KPM . Kepada pemohon harus mencetak dan menyemak sendiri dokumen tawaran seperti di bawah :

  • Borang perjanjian program – 3 salinan (sila fotokopi borang kosong)
  • Sediakan Surat tawaran
  • Sediakan borang penyata pendapatan keluarga atau penjamin
  • Dokumen yang telah lengkap di isi mesti di serahkan pada hari pendaftaran
  • Tuntutan bayaran Insentif kewangan BKPKK boleh dibuat melalui pihak pentadbir Kolej Komuniti pada setiap awal semester
Kadar Bayaran Kepada Penerima

Kepada calon yang layak akan menerima Insentif kewangan ini hanya untuk 2 semester sahaja. Tempoh 1 semester bagi Kolej Komuniti adalah selama 6 bulan dan kepada pelajar yang layak akan menerima RM 300 sebulan dan secara jumlah sebanyak RM 1,800 selama 6 bulan pembayaran.

Sebarang permohonan perlu dihantar melalui Pejabat Pendaftar Kolej Komuniti masing masing dan mana-man permohonan tidak boleh dikemukakan pada pihak KPM.

Jika anda ingin maklumat lebih terperinci berkenaan program bantuan ini boleh terus ke laman yang telah kami sediakan di – SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button