Pendaftaran Bantuan EDompet berjumlah RM200 boleh ditebus secara percuma bermula hari ini oleh mereka yang berkelayakan. Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bantuan khas ini boleh didaftar dan tebus bermula 26 Jun 2023.
PENDAFTARAN BANTUAN EDOMPET RM200
Program eBeliaRahmah ini adalah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2023 oleh kementerian kewangan. Perlaksanaan bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta belia.
Kadar kredit yang ditawarkan adalah bernilai RM200 yang boleh dibelanjakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkidmatan e-dompet terpilih. Kepada yang layak, mereka boleh menebus bantuan ini melalui perkidmatan e-dompet tersedia iaitu :
- Touch N Go
- Boost
- Setel
Nota : Setiap individu hanya boleh menebus bantuan RM200 ini sekali sahaja mengikut pilihan aplikasi yang anda pilih.
Tujuan utama perlaksanaan program ini adalah bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia tahun ini. Dengan adanyan insentif RM200 ini dapat memberi manfaat dan meringankan beban kewangan golongan belia dan mahasiswa.
TEMPOH DAFTAR & TUNTUTAN
Untuk makluman, tempoh pendaftaran bantuan edompet (ebeliarahmah) RM200 ini boleh dituntut bermula 8 pagi pada 26 Jun 2023. Tarikh tutup adalah pada 22 Ogos 2023, selepas berjaya tebus, penerima perlu membelanjakan kredit tersebut sebelum tarikh luput pada 31 Ogos 2023.
CARA TEBUS BANTUAN
Kepada yang berkelayakan, pendaftaran bantuan edompet dan tuntutan RM200 boleh dilakukan secara online, lankah-langkah telah disediakan seperti berikut :
- Penebusan kredit percuma ebeliaRahmah boleh dilakukan dengan memuat turun salah satu aplikasi platform e-dompet (Touch N go, setel, boost) di App store telefon anda
- Bagi pengguna sedia ada dan baru, sila ikuti arahan yang disediakan dalam aplikasi edompet tersebut sehingga selesai
- Penyedia perkidmatan edompet yang anda pilih akan membuat verifikasi identiti secara (eKYC)
- Setiap pemohon perlu isi maklumat yang diperlukan pada paparan penebusan ebeliaRahmah
- Jika telah selesai isi, sila tekan ”Hantar” dan status tuntutan akan dimaklumkan dalam tempoh 3 hari
Info : Kepada gologan mahasiswa dan belia, anda disarankan menebus kredit edompet bernilai RM200 ini. Untuk semakan penuh cara daftar, sila layari laman rasmi – EBELIARAHMAH
MAKLUMAT LANJUT
Kepada yang terlepas pandang, pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.