BANTUANPERKESO

PERKESO 2022 : Program SIP GIG Insentif Sehingga RM 800 Sebulan

Pada tahun 2022, Pihak PERKESO telah melaksanakan Insentif bantuan kewangan kepada pekerja yang terjejas. Insentif bantuan kewangan ini di umumkan dalam sidang Bajet 2020. Jumlah bayaran insentif SIP GIG ini berjumlah RM 600 sehingga RM 800 sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan bayaran.

Tujuan Bantuan insentif kewangan SIP GIG ini bagi membantu mereka yang masih menganggur atau tiada pekerjaan untuk melaksanakan pekerjaan dalam tempoh jangka masa pendek.

Insentif Bantuan kewangan ini mengutamakan kepada mereka yang terjejas seperti penganggur yang tidak bekerja lebih dari 60 hari, notis cuti tanpa gaji, individu yang diberhentikan kerja dan suri rumah yang tidak bekerja lebih dari 180 hari atau 6 bulan.

Tarikh Permohonan Insentif

Insentif bantuan kewangan ini dilancarkan pada tahun 2022 dan Tarikh Rasmi Permohonan ini di buka mulai 17 Januari 2022.

Syarat-syarat Kelayakan

Kepada individu yang layak memohon insentif bantuan kewangan SIP GIG PERKESO ini harus memenuhi salah satu dari syarat-syarat seperti di bawah :

  • Graduan atau individu yang telah menganggur selama lebih dari 60 hari bersamaan 2 bulan
  • Individu yang di berhentikan kerja atau individu yang mendapat notis cuti tanpa gaji, minimum 30 hari bersamaan satu bulan
  • Individu yang ingin memohon insentif bantuan ini harus menepati had umur iaitu berumur 18 – 60 tahun pada tahun 2022
  • Individu yang yang berada dalam golongan terjejas seperti Orang Kelainan Upaya (OKU) , Bekas Banduan dan lain-lain
  • Suri rumah yang tiada pekerjayaan lebih daripada 180 hari / 6 bulan yang berpendapatan bawah daripada RM 2000 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa

Kepada individu yang tidak layak memohon insentif kewangan ini seperti :

  • Individu yang masih bekerja
  • Individu yang telah dapat insentif bantua lain seperti program bantuan Penjana Kerjaya walaupun telah berhenti secara rela
  • Individu yang telah terima insentif bantuan  kewangan di bawah Program Kerjaya Gig
  • Individu yang masih belum tamat pengajian atau pelajar praktikal
Cara Mohon Insentif
  1. Sila ke app store melalui telefor pintar anda, muat turun aplikasi PERKESO Prihatin atau layari Portal Rasmi PERKESO di SINI
  2. Sila layari platform berdaftar dengan PERKESO
  3. Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau di Portal Rasmi PERKESO sahaja
  4. Sekiranya rezeki permohonan insentif kewangan anda diluluskan, sila log masuk aktiviti dan perlu di muat naik setiap bulan untuk menerima bayaran insentif
Senarai Dokumen Yang Perlu DIsediakan
  1. Dokumen sokongan / Senarai Surat mengikut kategori kelayakan mohon
  2. Maklumat akaun bank individu yang bekerja secara sendiri seperti ( salinan kad pengenalan / IC , nombor akaun bank, nama bank dan salinan penyata bank muka hadapan yang mengandungi nama pekerja

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan tentang insentif kewangan PERKESO ini, anda boleh menghungi terus ke talian perkhidmatan  03 8091 5300 atau 1 300 22 8000 untuk membuat rujukan

Nota Penting : Jika anda ingin mengetahui Senarai Bantuan-bantuan lain untuk tahun 2022 anda boleh rujuk DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button