BANTUANBKMBKM TambahanFASA 3KerajaanTarikh Pembayaran

Ini Kategori Penerima Bantuan BKM Tunai RM 900 & RM 2,350

Bantuan Keluarga Malaysia 2022

Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan berbentuk kewangan yang telah diperkenal dan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pada tahun 2022.

Untuk pengetahuan, Bantuan BKM ini melibatkan dana bantuan terbesar pada tahun ini. Melalui BKM bantuan ini diberikan khas kepada golongan sasar iaitu kepada yang berpendapatan rendah dan sederhana dari segi bantuan tunai.

Pembayaran BKM ini melibatkan kategori bujang, warga emas, ibu bapa tunggal dan isi rumah. Pembayaran akan diagihkan melalai 4 fasa secara berperingkat. Bagi sedia maklum, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telah pun selesai diberikan pada penghujung bulan Mac dan Jun 2022. Kini ramai yang tertanya bilakah jadual pembayaran seterusnya, dibawah telah disediakan maklumat ringkas bagi pembayaran BKM Fasa 3 dan rayuan BKM lulus.

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 (Kadar Bayaran)

Bagi kadar bayaran BKM fasa 3 adalah sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Manakala untuk golongan yang membuat rayuan BKM pulak, bagi yang lulus akan menerima bayaran sebanyak RM 2,350.

Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 (Jadual Pembayaran)

Untuk sedia maklum, pembayaran Fasa 3 secara rasmi akan mula disalurkan pada 20 September 2022 dan dijangkakan selesai pada 27 September 2022. Bayaran akan diberikan secara berperingkat ke akaun masing-masing dan tunai bagi penerima tiada akaun bank di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara. Diharapkan penerima bersabar menunggu kerana pembayaran dilakukan secara berperingkat ke akaun penerima.

Semakan Status Bayaran BKM

Untuk penerima BKM Fasa 3 dan rayuan lulus BKM, anda boleh mula membuat semakan status pembayaran untuk mengetahui jumlah bayaran yang anda terima bermula 20 September. Sila layari portal rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI

Informasi Tambahan

Bagi makluman semua, pada tahun 2022 selain daripada program bantuan BKM ini terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu golongan yang memerlukan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun in yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button