BANTUANKanak-kanak

Pembayaran BAP Sebanyak RM 150 Diagihkan Pada Bulan Mac 2022

Pada tahun ini, terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan bagi membantu meringakan beban rakyat yang memerlukan. Salah satu insentif bantuan kewangan yang telah dilancarkan ialah Bantuan Awal Persekolahan atau lebih dikenali sebagai BAP 2022 yang mana diberikan kepada murid-murid yang bersekolah.

Pengenalan BAP

Untuk pengetahuan umum, Bantuan Awal Persekolahan (BAP) adalah merupakan sebuah inisiatif yang telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan setiap tahun kepada anak-anak yang masih bersekolah.

Pihak Kerajaan mensasarkan Bantuan Awal Persekolahan ini bagi membantu meringankan beban para ibu bapa dalam bentuk menyediakan barangan kelengkapan sekolah untuk anak mereka.

Kadar Insentif

Kepada yang layak akan menerima bantuan. Pada tahun ini, jumlah bantuan BAP ini telah ditambah yang mana sebelum ini hanya diberikan sebanyak RM 100 setiap seorang yang layak manakala pada tahun ini Bantuan BAP akan diagihkan kepada penerima yang layak sebanyak RM 150 Seorang dan pembayaran secara ”One-off”

Bantuan ini akan memberikan manfaat kepada kira-kira 3 juta murid dengan isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM 3,000 sebulan menerusi kenyataan rasmi Menteri Pendidikan Malaysia (KPM)

Tujuan Bantuan BAP

Bantuan ini diberikan bagi tujuan mengurangkan beban ibi bapa yang menanggung pembelanjaan barang sekolah anak mereka yang masih bersekolah tambahan pada awal sesi persekolahan.

Bantuan ini turut memberikan manfaat kepada para murid yang berkelayakan untuk menerima bantuan BAP ini. Bantuan BAP melibatkan sekolah jenis rendah dan menengah dan dilakasanakan setiap tahun.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk rujukan :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Merupakan Isi Rumah yang berpendapatan RM 3,000 dan ke bawah
  • Individu / Pelajar tahun 1 sehingga Tingkatan 5
  • Murid yang bersekolah di sekolah kerajaan, sekolah swasta, sekolah agama negeri, sekolah bantuan kerajaan, sekolah agama rakyat dan kecuali sekolah antarabangsa
Kaedah Pembayaran

Terdapat 2 kaedah pembayaran Bantuan BAP iaitu :

1. Secara Tunai – Pemberian Bantuan BAP akan diagihkan secara tunai di sekolah mengikut tarikh yang telah ditetapkan

2. Secara Kredit – Pemberian Bantuan BAP akan diagihkan secara dikreditkan ke dalam akaun Bank

Tarikh Pembsyaran BAP 

Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) akan mula diagihkan selepas pendaftaran pada 21 Mac 2022

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin menyemak senarai Bantuan khususnya berbentuk kewangan pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button