BANTUANFasa 1MySTRMySTR 2024

MySTR 2024 : Bayaran Fasa1 Dikreditkan Pada Bulan Hadapan

MySTR 2024 : Bayaran Fasa1 akan mula dikreditkan secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima pada bulan hadapan. Untuk makluman, pemberian inisiatif bantuan tunai STR ini merupakan sebahagian dalam peruntukan belanjawan 2024.

MYSTR 2024 : BAYARAN FASA1

Pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan bantuan khas berbentuk kewangan yang dikenali sebagai Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun ini. Pemberian insentif bantuan STR ini akan melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, warga emas dan isi rumah.

Bagi pengetahuan umum, bayaran bagi fasa1 STR ini akan dibayar tidak lama lagi iaitu bermula Februari 2024. Semua kategori kelayakan akan menerima bayaran bantuan tunai STR ini bagi fasa pertama nanti.

Apa yang pasti bantuan tunai ini akan mula diagihkan sebelum menyambut bulan puasa (Ramadan) pada tahun ini. Dengan adanya bayaran insentif STR fasa 1 ini dapat meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin.

JUMLAH BAYARAN MYSTR 2024 FASA1 MENGIKUT KATEGORI

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menaikkan kadar jumlah bayaran bagi fasa 1 sehingga RM500 berbanding tahun lalu RM300. Berikut adalah kadar bayaran yang akan diberikan kepada penerima STR bagi fasa pertama mengikut kategori masing-masing.

KATEGORI ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM500

ISI RUMAH M40 (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (5 keatas) : RM300

KATEGORI BUJANG & WARGA EMAS

  • Bujang (21-59 tahun) : RM100
  • Warga emas (60 tahun keatas) : RM150

Nota : Kaedah pembayaran bantuan tunai STR akan dilakukan secara pengkreditan ke dalam akaun bank dan tebus tunai di BSN bagi penerima tiada kad bank.

SEMAKAN STATUS MYSTR 2024 & DAFTAR BAHARU

Bermula November lalu, kerajaan telah membuka pendaftaran permohonan baharu dan kemaskini maklumat terkini. Setiap individu disarankan membuat semakan status dan kemaskini maklumat terkini bagi mendapatkan jumlah bayaran yang bersesuaian dengan status.

Untuk semakan status atau daftar baharu, panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan tunai MySTR 2024 – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button