BANTUANBINGKASeWallet

Bantuan EWallet Khas RM300 Sebulan : Semak Kelayakan

Bantuan ewallet khas RM300 adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri yang dibayar secara bulanan. Untuk sedia maklum, pada tahun ini lebih banyak inisiatif dan kemudahan yang telah dilaksanakan.

BANTUAN EWALLET KHAS RM300

Terdapat sebuah program inisiatif yang boleh dimohon oleh rakyat selagi menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Program bantuan ewallet yang dimaksudkan adalah Bantuan Kehidupan Sejahtera atau lebih dikenali sebagai BINGKAS.

Untuk makluman, pemberian bantuan khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih relevan diteruskan pada tahun ini. Bantuan BINGKAS telah melibatkan peruntukan sebanyak RM108 juta dan akan diberikan kepada kira-kira 30 ribu keluarga yang berkelayakan.

Selaku Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari, beliau telah memaklumkan bahawa program bantuan BINGKAS RM300 sebulan ini boleh dimohon oleh isi rumah yang memerlukan dan berkelayakan.

KRITERIA KELAYAKAN PERMOHONAN

Dibawah adalah kriteria syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ewallet khas RM300 (BINGKAS) pada tahun ini seperti berikut :

  • Pemohon merupakan Warganegara Malaysia
  • Isi rumah / keluarga yang mempunyai tanggungan anak berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan
  • Lahir di Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun
  • Merupakan pemilih berdaftar di selangor

Nota : Kepada pemohon yang layak, bantuan ewallet khas RM300 ini boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas harian. Pembelanjaan boleh dilakukan di pasaraya dan kedai runcit berdaftar dan jumlah kadar RM300 akan ditambah setiap bulan secara automatik.

DAFTAR PERMOHONAN

Kepada mereka yang terdiri dalam golongan isi rumah yang memerlukan dan menepati kriteria kelayakan, permohonan boleh dilakukan secara online. Panduan lengkap cara daftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi BINGKAS – DI SINI

Pemberian bantuan khas ini diberi keutamaan kepada mereka yang menetap di negeri Selangor dan anak kelahiran negeri tersebut. Kepada yang berkelayakan disarankan memohon bantuan khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan persekutuan dan negeri telah melancarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan –SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button