BANTUANKuarantin

NADMA : Bantuan Kewangan Kuarantin Sebanyak RM 100 Sehari Tahun 2022

Untuk makluman, pada tahun wabak pendemik Covid 19 sedang melanda negara Malaysia. Anda boleh memohon bantuan kuarantin RM 100 sehari melalui NADMA 2022.

Pengenalan NADMA

NADMA adalah merupakan salah satu agensi Pengurusan Bencana Negara seliaan bawah Jabatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia yang bertujuan berfungsi untuk membantu meringankan beban rakyak Malaysia yang terkesan dan terjejas akibat pendemik ini.

Sekiranya anda pernah dirawat atau dijangkiti wabak ini, anda layak dan boleh memohon bantuan kuarantin ini secara one-off melalui NADMA.

Di bawah telah disediakan panduan cara memohon bantuan ini untuk rujukan anda.

Syarat Kelayakan Bantuan

Sila baca syarat kelayakan sebelum membuat permohonan :

  • Wajib berstatus warganegara Malaysia yang bekerja tetapi sudah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang tempoh dikenakan perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak Covid 19 (kuarantin)
  • Wajib berstatus warganegara Malaysia yang bekerja tetapi telah kehilangan sumber pendapatan atau tidak dibayar gaji sepanjang dalam tempoh rawatan di wad hospital disebabkan wabak Covid 19
Kadar Bantuan

Untuk pengetahuan anda, bantuan kuarantin RM 100 ini akan diberikan kepada mereka yang menjalani rawatan di wad hospital yang dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau lebih dikenali sebagai KKM untuk tujuan rawatan Covid 19.

Jika anda terkena wabak ini, anda layak menerima bantuan RM 100 sehari ini sehingga maksimum 14 hari.

Untuk makluman, jika anda menerima kes berulang anda tidak layak memohon lagi kerana bantuan ini diberikan secara one-off. Kepada yang layak menerima tidak layak memohon berulang kali.

Panduan Permohonan

Dibawah telah disediakan cara untuk membuat permohonan Bantuan RM 100 kuarantin ini :

1-Sila muat turun (Download) dokumen dokumen di portal rasmi NADMA – DI SINI

  • Borang Permohonan Bantuan Khas Covid 19 – Lampiran A
  • Borang Akuan Kehilangan Pendapatan – Lampiran B
  • Surat Perwakilan Kuasa Kepada Waris – Lampiran C

2-Sila lengkapkan maklumat pada borang dan menghantar terus atau melalui pos ke NADMA di alamat :

Ketua Pengarah

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

Jabatan Perdana Menteri

Aras 7, Blok D5, Kompleks D

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

52502 Putrajaya

Cara Keadah Pembayaran

Bayaran bantuan kuarantin RM 100 ini dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) kepada pemohon yang layak dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen permohonan yang lengkap anda isi.

Maklumat penting, pihak NADMA berhak untuk memutuskan jumlah bantuan berdasarkan dokumentasi yang dikemukakan dan berhak menolak permohonan yang tidak menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah dilancarkan boleh pihak Kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utam yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button