KWSPPengeluaran sebahagian

Rasmi : Pengeluaran KWSP Sebahagian Kini Boleh Dilakukan

Rasmi : Pengeluaran KWSP Sebahagian kini boleh dilakukan oleh ahli pada bila-bila masa selagi menepati syarat yang telah ditetapkan. Untuk sedia maklum, pelbagai kemudahan pengeluaran telah disediakan kepada pencarum pada tahun ini.

RASMI : PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN

Kepada mereka yang terlepas pandang, sebenarnya pencarum boleh melakukan pengeluaran wang mereka untuk tujuan peribadi tertentu. Setiap ahli yang menepati kelayakan boleh membuat pengeluaran wang KWSP secara sebahagian atau sepenuhnya melalui i-akaun.

Apa yang menarik adalah ahli boleh membuat e-pengeluaran KWSP pada bila-bila masa dan dimana jua berada sepanjang tahun ini. Di halaman kali ini dikongsikan beberapa jenis pengeluaran sebahagian KWSP yang dibenarkan.

PENGELUARAN KWSP SEBAHAGIAN (UMUR 50)

Setiap pencarum / ahli KWSP boleh membuat pengeluaran sebahagian sekali sahaja ataupun kesemua simpanan akaun 2. Perkara ini boleh dilakukan apabila mencapai umur 50 tahun bagi tujuan persediaan untuk persaraan.

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  2. Berumur antara 50 hingga sebelum mencapai 55 tahun
  3. Mempunyai simpanan dalam akaun 2 KWSP

MEMBELI RUMAH ATAU MEMBINA RUMAH

Kemudahan pengeluaran bagi tujuan perumahan ini dibenarkan kepada ahli KWSP yang berumur 55 tahun kebawah. Pengeluaran ini sangat memberi manfaat kepada ahli kerana rumah adalah aset yang baik untuk jangka masa panjang.

Kelayakan :

  1. Warganegara Malaysia dan bukan warganegara
  2. Umur belum mencapai 55 tahun
  3. Mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM500 dalam akaun 2 KWSP
  4. Menepati syarat kelayakan yang ditetapkan mengikut pengeluaran (Beli/ Bina Rumah)

PENGELUARAN SEBAHAGIAN (PENDIDIKAN & KESIHATAN)

Kemudahan pengeluaran untuk tujuan pendidikan ini diperkenalkan adalah bagi menjamin masa hadapan yang lebih cerah untuk ahli atau anak. Pencarum boleh memilih untuk mengeluarankan simpanan dari akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan (diri), pasangan atau anak-anak.

Manakala sekiranya ahli menghadapi masa yang sukar dalam faktor kesihatan, KWSP juga membenarkan pengeluaran melalui akaun 2. Pengeluaran boleh dilakukan untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal dan peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan.

SEMAKAN PENUH & PANDUAN PERMOHONAN

Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak jenis pengeluaran sebahagian untuk tujuan lain yang dibenarkan pada tahun ini. Untuk semak senarai penuh dan panduan permohonan secara online, sila layari laman rasmi KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini terdapat pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat terutama yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button