BANTUANBMTMusimtengkujuh

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 : Permohonan Kini Telah Dibuka

Bantuan Musim Tengkujuh RM800 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan perpaduan tahun ini. Untuk sedia maklum, kini telah dibuka untuk permohonan kepada mereka yang berkelayakan.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM800

Program BMT atau lebih dikenali sebagai bantuan musim tengkujuh adalah salah satu insentif yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun 2023.

Bantuan ini disediakan adalah bagi membantu meringankan beban mereka yang terjejas waktu musim tengkujuh.

KADAR BAYARAN BMT

Program Bantuan Musim Tengkujuh RM800 ini akan dibayar kepada pemohon yang berkelayakan mengikut kadar dan jadual yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • November 2023 – RM200
  • Disember 2023 – RM200
  • Januari 2024 – RM200
  • Februari 2024 – RM200

Pembayaran akan dikreditkan kepada penerima selama 4 bulan berturut-turut sehingga selesai pada bulan Februari tahun depan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk sedia maklum, tarikh permohonan bantuan BMT berjumlah RM800 ini telahpun dibuka. Permohonan boleh dikemukakan pada 15 Jun sehingga tarikh tutup pada 15 September 2023.

PANDUAN MEMOHON BMT

Inisiatif berbentuk bantuan tunai ini boleh dimohon oleh seluruh rakyat Malaysia yang menepati kelayakan yang telah ditetapkan. Panduan cara mohon telah disedikan, sila layari laman rasmi BMT RISDA – DI SINI

KELAYAKAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RM800 ini. Antara syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil yang berdaftar dengan RISDA
  • Mempunyai keluasan tapak tanah milikan antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot tanah hanya seorang penama/ pemilik sahaja yang layak menerima bantuan BMT
  • Mempunyai kad permit autoriti getah (PAT-G) yang masih sah semasa permohonan dilakukan (Bukan pemilik tanah)

Nota : Seorang pekebun kecil atau penoreh getah hanya layak menerima bantuan ini sekali sahaja.

Untuk mengetahui lebih terperinci atau sebarang pertanyan boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022.

INFO LANJUT

Selain Bantuan Musim Tegkujuh RM800, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kepada golongan sasar dan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button