BANTUANMySalam

Bantuan MySalam RM700 ~ Semak Kelayakan

Bantuan MySalam merupakan sebuah inisiatif dari pihak kerajaan bagi mereka yang memerlukan pada tahun ini. Program ini melibatkan bantuan kewangan sehingga RM 700 secara automatik kepada penerima yang layak.

SKIM BANTUAN MYSALAM

Untuk sedia maklum, bantuan khas ini merupakan sebuah inisiatif berbentuk skim takaful perlindungan kesihatan yang diberikan secara percuma. Melalui skim ini disediakan perlindungan takaful bagi golongan yang kurang bernasib baik dan berpendapatan rendah melalui dana amanah Mysalam 2022.

Tujuan utam skim bantuan ini diperkenalkan bagi membantu golongan yang memerlukan untuk menjalani kehidupan dalam komuniti masyarakat lebih selesa jika menghadapi sebarang penyakit kritikal.

SYARAT KELAYAKAN MYSALAM

Di bawah telah disedikan senarai syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi tebus bantuan ini seperti berikut:

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Individu berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pasangan
  • Individu berumur 40 hingga 65 tahun yang mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah setahun
  • Golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berumur 18 sehingga 65 tahun dan mempunyai pendapatan RM 24,000 dan kebawah setahun.

MANFAAT BANTUAN MYSALAM

  • Kepada yang layak akan menerima bayaran insentif sebanyak RM 700 bagi tempoh setahun bersamaan tempoh bayaran selama 14 hari pada kadar RM 40 sehari
  • Bakal terima bayaran berjumlah RM 8,000 yang akan disalurkan pada masa yang akan diumumkan kelak

Untuk sedia maklum, skim perlindungan Mysalam ini telah diperluaskan pada tahun 2022 Kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) secara automatik. Untuk semak senarai bantuan lain yang ada pada tahun ini, sila ke laman utama – DI SINI

CARA TEBUS BANTUAN MYSALAM

Di bawah telah disediakan cara tebus bantuan Mysalam RM 700 seperti berikut:

  • Bagi penerima bantuan kewangan terdahulu seperti BPR, BSH dan BKM secara automatik maklumat akan dimasukkan ke dalam sistem data Mysalam
  • Semakan maklumat anda boleh lakukan secara atas talian. Sila layari portal rasmi Mysalam – DI SINI
  • Kepada penerima yang layak akan terima pengesahan secara SMS
  • Jika anda layak tetapi tidak menerima sebarang pesanan SMS, anda boleh hubungi talian hotline mysalam di 300-888-938 atau e-mel ke [email protected].

SENARAI PENYAKIT KRITIKAL YANG MEMBOLEHKAN TUNTUTAN BANTUAN RM700

Di bawah telah disediakan senarai jenis penyakit kritikal yang membolehkan proses tuntutan bantuan mysalam RM 700 dibuat.

  • Pembedahan otak
  • Koma
  • Kanser
  • Jangkitan HIV
  • Serangan Jantung
  • Penyakit AIDS gejala penuh
  • Meningitis bakteria
  • Lumpuh
  • Angin ahmar
  • Dan lain-lain – SEMAK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button