BANTUANLesen MemanduMyPSV

Bantuan Lesen Memandu Tahun 2023

Bantuan Lesen Memandu adalah merupakan salah satu inisiatif dari pihak kerajaan. Untuk makluman, program khas ini adalah khusus kepada golongan Belia terutama B40 yang akan menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang seperti e-hailing, bas serta teksi.

PROGRAM MYPSV

Semasa pembentangan Bajet 2023, selaku Menteri Kewangan ketika itu Tengku Zafrul Aziz telah mengumumkan di dewan rakyat. Bahawa pihak kerajaan bersetuju bagi menanggung bayaran lesen memandu dibawah program MyPSV.

Tidak ketinggalan bantuan bagi lesen memandu motosikal kelas b2 untuk mereka yang berkelayakan memerlukan. Program MyPSV ini telah diperkenalkan bagi membantu golongan belia b40 bagi mendapatkan lesen memandu terutama individu yang menjana pendapatan melalui perkhidmatan membawa penumpang.

Menerusi program bantuan lesen memandu ini, pihak kerajaan secara tidak langsung dapat meningkatkan perkembangan ekonomi dari segi aspek pengangkutan awam dan membantu para belia. Jika anda terlepas pandang, terdapat pelbagai bantuan telah disediakan oleh kerajaan sepanjang tahun ini. Sila ke laman utama – SEMAK SENARAI BANTUAN

JENIS BANTUAN

Pihak kerajaan memperkenalkan bantuan lesen memandu ini bertujuan memfokuskan bagi membantu golongan belia dan b40. Hal ini kerana mereka adalah penentu masa depan negara untuk merancakkan lagi sektor ekonomi domestik jangka masa panjang dari segi pengangkutan awam.

Disebabkan itu, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membantu menanggung kos modal bayaran bagi mendapatkan lesen memandu bagi kategori Bas, teksi serta e-hailing untuk tahun 2023.

Untuk sedia maklum, negara telah dipimpin dibawah kerajaan perpaduan selepas PRU ke 15 baru-baru ini. Diharapkan kerajaan akan melaksanakan secepatnya bantuan lesen memandu menerusi program MyPSV. Agar mereka dapat memanfaatkan bantuan bagi menjana pendapatan dalam sektor pengangkutan awam.

MAKLUMAT LANJUT

Bagaimana permohonan? setakat ini belum ada kenyataan rasmi berkenaan cara permohonan MyPSV ini. Pelancaran bantuan ini dijangka pada tahun hadapan, sama-sama kita tunggu maklumat berkenaan bantuan khas lesen ini.

Pihak kami akan kemaskini maklumat terkini dari semasa ke semasa, agar tidak ketinggalan untuk menjadi individu awal mendapatkan bantuan ini. Untuk semakan senarai bantuan yang telah dibentangkan dalam sidang Bajet 2023, anda boleh layari laman rasmi – DI SINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button