KWSPPengeluaran Khas

Pengeluaran Khas KWSP Bersyarat Dibenarkan

Pengeluaran khas KWSP bersyarat kini telah dibenarkan untuk pencarum membuat pengeluaran wang untuk tujuan tersedia pada tahun ini. Buat masa ini pengeluaran KWSP secara bersasar masih belum diluluskan, namun pihak KWSP telah membenarkan pengeluaran khas secara bersyarat untuk tujuan peribadi.

PENGELUARAN KHAS KWSP BERSYARAT

Untuk makluman, terdapat beberapa jenis kemudahan pengeluaran khas KWSP yang telah dibenarkan yang boleh dilakukan oleh pencarum yang memenuhi syarat kelayakan.

Ahli KWSP / pencarum boleh membuat pengeluaran KWSP melalui akaun 2 untuk tujuan peribadi tertentu. Di bawah telah disediakan beberapa jenis pengeluaran khas yang dibenarkan pada tahun ini.

PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH

Bagi ahli yang sedang merancang untuk membeli sebuah rumah sendiri pertama. Pihak KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran wang simpanan untuk membeli rumah pertama seperti berikut :

  • Pembinaan rumah di atas tanah sendiri
  • Membeli rumah subsale
  • Membeli rumah lelong
  • Daftar dibawah projek Rumah mesra rakyat (RMR).

Untuk semak syarat dan dokumen yang diperlukan, sila rujuk – DI SINI

PEMBAYARAN KOS RAWATAN PERUBATAN

Jika pencarum menghadapi masalah kesihatan 36 jenis penyakit kritikal, pengeluaran boleh dilakukan melalui akaun 2 bagi menampung kos rawatan perubatan atau alat kesihatan. Kemudahan ini disediakan bagi persediaan untuk pencarum sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini melibatkan kesihatan.

PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Kemudahan pengeluaran untuk tujuan pembiayaan pendidikan juga termasuk dalam jenis pengeluaran yang dibenarkan pada tahun ini. Kepada pencarum yang mempunyai tanggungan anak yang melanjutkan pengajian di peringkat kolej atau universiti. Anda boleh membuat pengeluaran untuk tujuan seperti membayar yuran melalui akaun 2.

MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Kepada ahli yang ingin menunaikan ibadah haji, pengeluaran akaun 2 boleh dilakukan untuk tujuan mengurangkan kos pembelanjaan. Pengeluaran khas KWSP adalah melalui permohonan untuk pembelanjaan haji dan berdaftar haji dengan Lembaga tabung haji.

Nota : Buat masa ini, hanya pengeluaran khas KWSP bersyarat seperti diatas sahaja yang dibenarkan. Diharapkan dengan kemudahan yang telah disediakan akan memberi manfaat kepada pencarum yang ingin membuat pengeluaran.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman umum, selain pengeluaran KWSP terdapat pelbagai inisiatif baru telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada suku pertama tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button