BANTUANBINGKAS

Bantuan E-Wallet BINGKAS RM300 Sebulan

Bantuan e-wallet BINGKAS ditawarkan berjumlah RM300 sebulan untuk mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Untuk sedia maklum, program khas inisiatif bantuas khas ini telah dilancarkan oleh kerajaan negeri pada tahun ini.

BANTUAN E-WALLET BINGKAS 2023

Untuk pengetahuan umum, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meneruskan program bantuan e-wallet BINGKAS ini dengan peruntukan sebanyak RM108 juta. Bantuan ini akan diagihkan kepada kira-kira 30 ribu isi rumah (keluarga) yang berkelayakan.

Perkara ini telah dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari ketika pembentangan Belanjawan Selangor 2023. Permohonan telah dibuka bagi tahun 2023, sila semak syarat kelayakan dan panduan permohonan yang telah disediakan.

OBJEKTIF BANTUAN

Bantuan e-wallet BINGKAS ini masih diteruskan pada tahun ini adalah salah satu tanda keprihatinan kerajaan bagi membantu golongan sasar dan B40 yang memerlukan. Program bantuan kehidupan sejahtera Selangor ini akan melibatkan pemberian bantuan e-wallet sebanyak RM300 sebulan kepada yang layak.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi permohonan bantuan ewallet bingkas seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Terdiri daripada keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Memperolehi pendapatan bulanan di bawah RM3,000
  • Pemohon adalah anak kelahiran negeri Selangor atau menetap di Selangor melebihi tempoh (10 tahun)
  • Pemilih berdaftar Selangor

Nota : Kepada pemohon yang layak, bantuan ewallet (edompet) ini boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana pasaraya berdaftar. Pembelian secara tanpa tunai (cashless) dan jumlah bayaran bantuan ini akan ditambah pada paras RM300 setiap bulan.

CARA PERMOHONAN

Kepada mereka yang memerlukan dan menepati syarat kelayakan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian (online). Sila layari laman rasmi BINGKAS – DI SINI

INFO LANJUT

Selain BINGKAS terdapat lebih banyak inisiatif khususnya bantuan berbentuk tunai telah disediakan oleh pihak kerajaan negeri dan persekutuan tahun ini. Bantuan-bantuan ini kebanyakan mensasarkan golongan B40 dan miskin bagi membantu meringankan beban mereka.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button