Bajet 2023BANTUANKerajaan

Bajet 2023 : Kerajaan Perkenalkan Bantuan Baru RM 500 Secara Automatik Sekali Bayar

Bajet 2023 Perkenalkan Penambahan Inisiatif Untuk Keluarga Malaysia

Untuk sedia maklum, semalam adalah sidang belanjawan bagi tahun 2023. Salah satu penambahan inisiatif adalah bantuan insentif Cahaya Mata Keluarga Malaysia berbentuk bantuan tunai secara sekali bayar RM 500 kepada pada ibu dan merupakan penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun hadapan.

Hal ini telah diumumkan oleh Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selaku Menteri Kewangan pada pembentangan Belanjawan Bajet tahun 2023 di Dewan Rakyat Jumaat lalu bersamaan 7 Oktober.

Kadar Baru Bantuan Keluarga Malaysia 2023

Selain itu juga, bantuan tambahan RM500 kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan diteruskan dan layak terima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) maksimum RM3,000. Kadar itu meningkat berbanding RM2,500 pada tahun ini.
Untuk makluman, sebanyak RM2,500 melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang RM2,500 dan mempunyai lima anak atau lebih. Selaku Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2023, berkata ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bagi keluarga yang mempunyai satu hingga empat anak pula, BKM bernilai RM1,000 hingga RM2,000 akan diberikan kepada kelayakan kategori tersebut.
“Kepada isi rumah yang berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM antara RM500 hingga RM1,250 akan diberikan bergantung kepada bilangan anak,” katanya.

Pembayaran BKM 2022 Fasa 4 Bermula Disember 2022

Bagi pengetahuan semua, pembayaran BKM tahun ini masih belum tamat. Pembayaran bagi fasa terakhir akan diberikan pada bulan akhir tahun 2022 iaitu Disember. Penerima BKM tahun ini boleh semak status anda pada portal rasmi BKM – KLIK DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 dan 2023, terdapatkan lebih banyak bantuan telah disediakan oleh kerajaan negeri mahupun persekutuan untuk mereka yang memerlukan terutama kepada golongan miskin dan b40. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang layak untuk anda mohon, sila ke halaman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button