Cara Mudah PengeluaraneGumisStatus PermohonanWang Tidak Dituntut

Kaedah Cara Semak Dan Dapatkan Wang Tidak Dituntut Melalui E-GUMIS

Untuk makluman umum dalam sistem simpanan data, ramai yang masih tidak tahun berkenaan perkara tentang Wang Tidak Dituntut (WTD) melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia – E-GUMIS 2022.

Bagi pengetahuan semua berkenaan perkara ini, anda yang mana mempunyai Wang Tidak Dituntut boleh membuat tuntutan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Di bawah telah disediakan informasi berkenaan cara untuk membuat tuntutan WTD untuk sebagai rujukan kalian.

Butiran Informasi Wang Tidak Dituntut (WTD)

Bagi tujuan sedia maklum, WTD ialah merupakan Wang yang perlu dibayar dari sisi undang-undang di dalam negara kepada para pemilik yang sepatutnya menerima dalam tempoh masa tertentu yang mana sudah ditetapkan di bawah akta WTD 1965.

Cara Membuat Tuntutan dan Semakan (WTD)

Di bawah telah disediakan cara mudah untuk kalian membuat semakan WTD anda secara online seperti berikut :

  • Yabg pertama, sila layari Laman Rasmi E-GUMIS – DI SINI
  • Seterusnya, log masuk dan klik pada “Carian Wang Tidak Dituntut”
  • Kemudian, masukan Nombor Kad Pengenalan anda
  • Tekan butang rekod WTD dan teruskan dengan permohonan anda
  • Sila lengkapkan pada ruangan yang telah disediakan, isi maklumat yang diperlukan sehingga keluar “Terma dan syarat” e-GUMIS
  • Tekan Hantar
  • Selesai

Nota : Proses bayaran (WTD) hanya akan diberikan setelah dokumen lengkap anda telah disahkan oleh pihak berwajib.

Kalian juga boleh membuat sebarang semakan status permohonan melalui laman rasmi egumis yang telah disediakan diatas dengan cara klik butang “Senarai permohonan” kemudian anda rujuk pada ruangan “Status”.

Sumber WTD yang boleh anda tuntut

Wang WTD berkenaan boleh datang dari pelbagai sumber seperti di bawah :

  • Gaji, upahan, komisyen, bonus atau wang berkaitan yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepada para pekerja atau kakitangan
  • Cashier order, Draf bank dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dalam tempoh sah laku telah luput
  • Wang simpanan anda yang telah matang – Tanpa arahan pembaharuan secara Automatik
  • Dividen
  • Segala keuntungan perniagaan daripada hasi perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagi
  • Penghutang yang berbagai yang berbaki Kredit
  • Deposit dan cagaran apabila tujuan jumlah wang itu dikutip telah tercapai

Maklumat tambahan : Tidak semua duit berkenaan sampai ke tangan pihak pemilik dan disebabkan itulah ia kemudiannya diserahkan kepada pihak Jabatan Akauntan Negara yang mana bertindak sebagai pemegang amanah yang pimilik boleh membuat tuntutan WTD ini.

Di dalam keadaan ingin menjelang musim perayaan ini, disarankan anda untuk menyemak WTD ini, mana tahu anda mempunyai WTD pada masa lalu yang membolehkan untuk anda menuntutnya kembali.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan persekutuan dan kerajaan Negeri khususnya bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button