Wang Tidak Dituntut

Tahukah Anda Boleh Semak Dan Tuntut Wang WTD Melalui E-GUMIS

Tahukah anda terdapat 1 kemudahan yang membolehkan anda menuntut Wang Tidak Dituntut (WTD) secara online. Sistem ini pada awalnya dijangka akan beroperasi pada suku ke 2 tagun 2018 namun ia ditangguhkan pada tahun 2020 bermula 1 Januari tahun tersebut melalui egumis.Semakan boleh dilakukan menggunakan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran syarikat individu yang ingin menyemak.

Apakah Maksud WTD?

WTD adalah bermaksud Wang Tidak Dituntut yang bererti wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh setahun. Jumlah wtd tersebut bergantung kepada akaun masing-masing. Sumber WTD boleh datang daripada pelbagai sumber seperti berikut :

  • Upah, gaji, komisyen
  • Dividen
  • Simpanan tetap
  • Tuntutan insuran yang sudah diluluskan
  • Cagaran
  • Deposit
  • Keuntungan yang telah diisytiharkan
  • Duit / wang di dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun (Akaun simpanan/ akaun semasa/ simpanan tetap yang tidak mempunyai arahan pembaharuan automatik

Cara Semak Dan Tuntut WTD secara Online

Untuk membuat semakan dan tuntutan boleh dibuat secara online, sila layari laman rasmi eGUMIS – DI SINI

  1. Pada halaman utama, sila tekan Teruskan dengan permohonan
  2. Sila tekan Tambah penerima dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan kemudian klin simpan
  3. Muat turun dokumen sokongan pada bahagian medatori
  4. sila tick pada kotak dan setuju pada terma dan syarat
  5. Prodes pembayaran akan diberikan dilaksanakan apabila dokumen anda telah disahkan

Untuk sebarang maklumat terperinci berkenaan WTD ini anda boleh rujuk di laman rasmi eGUMIS.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis bantuan telah disediakan oleh pihak Kerajaan bagi rakyat yang memerlukan khususnya melibatkan bantuan berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin menyemak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button