KerajaanWang Tidak Dituntut

ANM : Semak Wang Tidak Di Tuntut Anda Sehingga Oktober Tahun 2022

Tahukah anda, terdapat sebuah portal yang boleh anda membuat semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) sekiranya ada. Melalui eGUMIS, semakan wang tidak dituntut oleh penama akan dapat dilihat serta anda juga boleh membuat permohonan segera melibatkan WTD ini.

CARA PENDAFTARAN EGUMIS

Sekiranya anda ingin membuat semakan, perkara pertama anda perlu membuat pendaftaran melalui portal egumis, panduan seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi eGUMIS – DI SINI
  • Kemudian tekan butang pendaftaran
  • Sila isi maklumat peribadi yang diperlukan pada ruangan disediakan
  • Selepas membuat pendaftaran, anda boleh log masuk.

SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT SEKIRANYA ADA

Anda perlu log masuk kemudian akan dibawa ke bahagian interface user. Kemudian sila klik butang “Carian wang tak dituntut”, anda akan dipaparkan ruangan untuk mengisi maklumat kad pengenalan kemudian klik cari.

Paparan wang tidak dituntut akan dikeluarkan pada skrin anda. Segala sumber maklumat dan nilai wtd akan dinyatakan dalam bentuk jadual sekiranya anda memiliki WTD yang boleh anda tuntut.

Jika anda mempunyai WTD dari pelbagai sumber yang boleh anda membuat tuntutan, anda boleh mendapatkan melalui portal rasmi egumis. Pembayaran akan mengambil masa secara pengkreditan ke akaun yang anda telah daftarkan dalam permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Jika anda terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai program dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan kepada mereka yang memerlukan pada tahun ini. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button