BANTUANKerajaan

Rasmi : Pemberian Insentif Bantuan RM2,000 Akan Dibayar Awal

Rasmi : Pemberian Insentif Bantuan berjumlah RM2,000 dan RM1,000 akan dibayar awal sebelum bulan puasa iaitu Februari 2024. Untuk makluman, perkara ini telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri pada sidang Belanjawan baru-baru ini.

RASMI : PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN

Berita baik untuk rakyat telah diumumkan, pihak kerajaan telah memaklumkan bersetuju untuk memberikan insentif tambahan berjumlah RM2,000 selewatnya Februari 2024. Dengan adanya pemberian insentif ini dapat membantu meringankan beban sedikit sebanyak dari segi kewangan.

Semua penjawat awam gred 56 dan kebawah termasuk lantikan kontrak serta semua jawatan utama sektor awam layak menerima insentif ini. Bagi kategori pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen akan dapat separuh dari jumlah insentif.

KADAR RASMI PEMBERIAN INSENTIF BANTUAN

Di bawah telah dikongsikan maklumat berkenaan pecahan bayaran insentif awal kajian sistem saraan perkhidmatan awam yang akan diberikan.

  • Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak : RM2,000
  • Semua jawatan utama sektor awam (Termasuk bomba, polis, tentera dan seluruh anggota beruniform) : RM1,000
  • Pesara kerajaan (Termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen) : RM1,000

TARIKH PEMBERIAN INSENTIF KHAS DIKREDITKAN

Seperti sedia maklum, insentif istimewa ini akan mula dikreditkan pada bulan Februari 2024 sebelum menyambut bulan ramadhan. Pembayaran akan diagihkan secara berperingkat kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat.

Untuk info tambahan, pihak CUEPACS telah kemukakan cadangan agar menaikkan gaji penjawat awam sebanyak RM300. Bonus minimum 1 bulan setengah kali terakhir diberikan adalah pada tahun 2012 dan selepas itu diberikan insentif khas kewangan.

Ini merupakan cadangan yang sangat wajar bagi membantu rakyat Malaysia yang merupakan penjawat awam bagi menghadapi peningkatan kos sara hidup.

BANTUAN AWAL (BAP) DISALURKAN JANUARI 2024

Semasa sidang Belanjawan 2024 Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah memaklumkan satu lagi inisiatif akan diberikan pada awal tahun hadapan. Bantuan Awal Pesekolahan (BAP) akan mula disalurkan pada Januari nanti pada kadar RM150 bagi seorang pelajar/ murid.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button