BANTUANBKKKerajaan

Bantuan Khas Kewangan RM700 Diberikan Bermula 17 Januari 2023

Bantuan khas kewangan RM700 (BKK) ini merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia. Baru-baru ini Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan tarikh bayaran bagi bantuan khas ini akan mula disalurkan pada 17 Januari 2023 sevara berperingkat.

Di halaman kali ini dikongsikan maklumat penuh berkenaan bantuan khas ini untuk rujukan umum.

BANTUAN KHAS KEWANGAN 2023

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas kewangan RM700 ini akan diberikan kepada kira-kira 1.3 juta penjawat awam yang berkelulusan Gred 56 dan kebawah dan pesara kerajaan.

Melalui insentif ini, kadar bantuan telah diumumkan iaitu RM700 kepada penjawat awam dan RM350 kepada pesara kerajaan untuk tahun 2023.

Pemberian sumbangan ini adalah merupakan keprihatinan pihak kerajaan perpaduan. Bantuan berbentuk kewangan ini diberikan bagi menghargai setiap penjawat awam yang berkerja berkhidmat untuk masyarakat pada tahun ini.

Menurut beliau, kerajaan silih berganti setiap 4 tahun namun para penjawat awam kekal setia dan dedikasi demi berkhidmat di dalam komuniti masyarakat di dalam negara. Katanya di dalam pembentangan Bajet mini – BAJET 2023

KADAR BANTUAN

Bantuan khas kewangan akan diberikan pada 17 Januari 2023 pada kadar bayaran seperti berikut :

  • Kumpulan pesara kerajaan akan menerima bayaran BKK sebanyak RM350
  • Kumpulan penjawat awam Gred 56 dan kebawah akan menerima bayaran BKK sebanyak RM700
  • Bayaran bantuan khas ini akan diberikan secara ‘sekali bayar’ sahaja.

Maklumat tambahan, pihak kerajaan juga telah bersetuju menaikkan bayaran RM100 untuk Kenaikkan Gaji Tahunan (KGT).

JADUAL PEMBAYARAN BKK

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan tarikh pembayaran bonus untuk penjawat awam dan pesara kerajaan ini. Tarikh bayaran akan bermula pada 17 Januari 2023 secara kredit terus ke akaun penerima.

INFORMASI LANJUT

Selain daripada bantuan khas ini, terdapat pelbagai jenis insiatif khususnya berbentuk bantuan tunai yang disediakan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Terdapat bantuan baru diperkenalkan dan bantuan lama yang masih diteruskan pada tahun 2023.

Sekiranya anda terlepas pandang, semakan senarai bantuan yang masih ada dan berkelayakan untuk anda mohon boleh dibuat di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button