BANTUANBKK

Pemberian Bantuan Khas (BKK) : Dikreditkan Minggu Hadapan

Pemberian Bantuan Khas (BKK) : Pihak kerajaan negeri telah memaklumkan bahawa bantuan khas kewangan akan mula dikreditkan pada 28 Disember ini. Inisiatif khas ini merupakan bantuan yang disediakan pada tahun ini.

PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN (BKK)

Untuk sedia maklum, pemberian bantuan khas ini akan diberikan kepada mereka yang berkelayakan secara one-off pada bulan ini. Semua penjawat awam yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor akan menerima manfaat insentif BKK ini.

Insentif sebanyak dua bulan setengah gaji atau minimum RM1,000 untuk setiap individy yang berkelayakan. Pemberian BKK ini termasuk kepada anggota perkhidmatan kerajaan negeria yang gaji dibayar oleh pihak kerajaan persekutuan.

Bayaran bantuan BKK ini diberikan secara berperingkat, kali pertama telah disalurkan pada mei lalu sempena aidilfitri. Bagi fasa kedua, insentif sebulan gaji atau minimum RM1,000 ini akan mula dikreditkan pada minggu hadapan (28 Disember 2023).

SENARAI PENERIMA PEMBERIAN BANTUAN KHAS (BKK)

Untuk pengetahun umum, bantuan khas kewangan negeri ini akan diberikan pada bulan Mei, Disember dan Februari tahun depan. Mereka yang terlibat menerima insentif tambahan ini adalah penjawat awam.

Dengan adanya insentif khas ini dapat meringankan beban mereka untuk menghadapi persiapan sesi persekolahan yang dijangka bermula Mac 2024. Untuk makluman, kerajaan negeri lain juga ada memberikan insentif bantuan khas dan rata-rata bernilai RM1,000.

JENIS BANTUAN KHAS YANG DITAWARKAN

Kepada mereka yang terlepas pandang, Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan skim bantuan kebajikan. Dalam program tersebut terdapat pelbagai jenis bantuan kewangan pada kadar RM150 sehingga RM1,000 sebulan.

Inisiatif yang ditawarkan ini boleh dimohon oleh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan yang terdiri daripada golongan B40 dan miskin. Kepada yang kurang berkemampuan, anda boleh semak senarai bantuan yang ada, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif bantuan yang telah kerajaan tawarkan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button