BANTUANMySTRMySTR 2024Permohonan

MySTR 2024 : Permohonan Kini Dibuka Kepada Rakyat Malaysia

MySTR 2024 : Permohonan kini telah mula dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia bagi mendapatkan manfaat pada tahun hadapan. Untuk makluman, STR ini adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang telah diperkenalkan pada tahun 2023.

MYSTR 2024 : PERMOHONAN KINI DIBUKA

Pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bermula 1 November 2023, permohonan baharu Sumbangan Tunai Rahmah dibuka. Kepada rakyat Malaysia yang bukan penerima STR tahun ini sudah boleh mengemukakan permohonan secara online.

Apa yang menarik adalah permohonan bagi tahun 2024 ini dibuka dalam tempoh lebih lama berbanding tahun 2023. Untuk makluman, ada disarankan mengemukakan permohonan lebih awal supaya semakan boleh dilakukan segera.

KADAR BANTUAN MYSTR 2024 DINAIKKAN

Berita gembira untuk rakyat terutama yang memerlukan, pihak kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar jumlah bayaran bagi bantuan tunai STR 2024. Kadar baharu STR adalah sehingga RM3,700 berbanding tahun ini sehingga RM3,100.

Untuk kategori bujang belia dinaikkan kepada RM500 daripada RM350. Manakala bagi kategori isi rumah pula, mereka yang layak menerima SARA dinaikkan dari RM600 kepada RM1,200.

TARIKH BAYARAN MYSTR 2024

Pada tahun hadapan, pembayaran akan dilakukan sama seperti tahun ini iaitu secara berperingkat mengikut fasa. Buat masa ini pihak kerajaan telah memaklumkan pemberian Fasa 1 akan disalurkan selewatnya sebelum raya iaitu Februari 2024.

Pada pembayaran fasa pertama juga kerajaan telah memaklumkan bahawa kategori isi rumah akan dibayar maksimum RM500 berbanding RM300 fasa 1 tahun ini. Segala maklumat terkini berkenaan jadual bayaran bantuan tunai STR ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PANDUAN MOHON & SEMAKAN STATUS MYSTR

Kepada mereka yang bukan penerima tahun ini, anda boleh kemukakan permohonan segera secara online. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rami MySTR – DI SINI

Pada bulan ini juga pembayaran fasa akhir STR bagi tahun 2023 akan mula dikreditkan. Jangan terlepas pandang untuk membuat semakan status bayaran STR anda.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button