BANTUANFasa 2STR

Bantuan STR Fasa Ke-2 : Senarai Penerima & Tarikh Bayaran

Bantuan STR Fasa Ke-2 : Pihak kerajaan bakal melaksanakan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa berikutnya tidak lama lagi. Seperti sedia maklum, pemberian bantuan tunai STR ini merupakan sebahagian inisiatif yang melibatkan jumlah keseluruhan sehingga RM3,100.

PEMBERIAN BANTUAN TUNAI STR FASA Ke-2

Untuk makluman, bayaran bagi bantuan tunai STR fasa 1 telahpun selesai dibayar secara berperingkat pada 29 Januari lalu. Selepas ini pengagihan Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua (2) akan dilakukan ke seluruh rakyat Malaysia yang terlibat.

Kaedah bayaran bantuan tunai STR ini diberikan secara pengkreditan terus ke dalam akaun dan tebus tunai di cawangan BSN bagi mereka yang tiada kad bank. Tarikh bayaran fasa 2 bantuan STR akan disalurkan pada bulan April 2024.

SENARAI PENERIMA BANTUAN STR FASA 2

Dijangkakan senarai penerima STR fasa berikutnya akan melibatkan kategori bujang, isi rumah serta warga emas. Kadar bayaran pula akan ditentukan mengikut kategori dan bilangan tanggungan anak bagi setiap isi rumah.

Seperti pengagihan sebelum ini, kadar bantuan adalah berbeza mengikut amaun yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Segala maklumat terkini berkenaan STR akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR MENGIKUT FASA (2024)

Dibawah adalah tarikh jadual bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi sesi tahun 2024 seperti berikut :

  • Bayaran bantuan tunai STR Fasa 1 : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran bantuan tunai STR Fasa 2 : Bermula April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran bantuan tunai STR Fasa 3 : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran bantuan tunai STR Fasa 4 : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

SEMAKAN STATUS BAYARAN & KEMASKINI STR 2024

Kepada seluruh rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan status dan pengemaskinian maklumat berkenaan bantuan tunai STR. Untuk pendaftaran baharu dan semakan status, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Dengan adanya bantuan kewangan seperti STR pada tahun ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban rakyat Malaysia.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button