KerajaanWang Tidak Dituntut

E-GUMIS ANM ~ Cara semak & dapatkan Wang Tidak Dituntut (WTD)

Tahukah anda terdapat satu perkhidmatan yang anda boleh gunakan untuk semak dan tuntut Wang Tidak Dituntut (WTD) iaitu E-GUMIS ANM melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Sesiapa sahaja boleh membuat semakan dan jika anda mempunyai WTD, anda boleh membuat tuntutan wang berkenaan. Ramai yang terlepas pandang berkenaan hal ini dan ada yang telah berjaya mendapat WTD mereke kerana wang ini boleh datang dari pelbagai sumber. Di halaman ini telah disediakan maklumat penting berkenaan Wang Tidak Dituntut.

Apakah Itu Wang Tidak Dituntut?

WTD adalah merupakan duit yang perlu dibayar dari sisi undang-undang yang telah ditetapkan dalam negara kepada pemilik yang sepatutnya menerima wang tersebut dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan di bawah Akta WTD 1965.

Sumber Wang WTD

WTD boleh datang dari pelbagai sumber yang boleh dituntut seperti berikut :

  • Wang dalam simpanan yang telah matang
  • Dividen
  • Gaji, komisyen, elaun, upahan, bonus, atau duit yang berkaitan yang perlu dibayar oleh pihak majikan kepada kakitangan atau pekerja
  • Penghutang berbagai yang berbaki kredit
  • Draf bank, cashier order dan dokumen lain yang mempunyai fungsi serupa dalam tempoh sah laku telah luput
  • Cagaran atau deposit apabila wang yang dikutip telah tercapai
  • Keuntungan perniagaan dari hasil perkongsian yang sah dan diistiharkan untuk dibahagikan.

Tidak semua duit berkenaan sampai ke tangan pemilik dan disebabkan itu. ia kemudiannya diserahkan kepada pihak berwajib iaitu Jabatan Akauntan Negara (ANM) yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang mana pemilik boleh membuat tuntutan WTD tersebut.

Semakan & Tuntutan WTD

  1. Sila layari Laman Sesawang rasmi eGUMIS ANM – https://egumis.anm.gov.my/
  2. Kemudian, Log masuk akaun dan tekan butang “Carian Wang Tidak Dituntut”
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan pada rekod WTD dan sila teruskan dengan permohonan semakan akaun
  5. Sila lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah tersedia sehingga keluar “Terma dan syarat”
  6. Klik “Hantar” dan selesai.

Untuk proses pembayaran WTD ini hanya akan dijalankan setelah dokumen lengkap pemohon telah disahkan oleh pihak ANM. Anda boleh membuat semakan status di portal rasmi eGUMIS pada ruangan senarai permohonan dan rujuk pada ruangan status.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah disediakan oleh kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button