BANTUANFasa 2STRSTR 2024SumbanganTunaiRahmah

Bantuan Tunai STR Fasa-2 : Semakan Status & Jadual Bayaran

Bantuan Tunai STR Fasa-2 : Semakan status dan jadual bayaran bagi sesi tahun 2024 kini boleh dilakukan oleh rakyat Malaysia. Untuk sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian inisiatif berbentuk bantuan kewangan (STR) ini memasuki tahun kedua.

BAYARAN BANTUAN TUNAI STR FASA-2

Bagi makluman umum, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah fasa kedua (2) akan diagihkan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Pihak kerajaan telah memaklumkan pemberian bantuan tunai STR fasa berikutnya akan disalurkan pada bulan April 2024 sebelum menyambut hari raya.

Setakat tahun ini seramai sekitar 8.2 juta pemohon yang berkelayakan telah mendaftar untuk menerima insentif STR tahun 2024. Angka tersebut dijangkakan akan meningkat kerana permohonan baharu dan kemaskini masih dibuka sepanjang tahun ini.

Apa yang menarik adalah kadar jumlah bantuan tunai STR tahun ini telah dinaikkan kepada RM3,700 berbanding tahun lalu sebanyak RM3,100. Jumlah bayaran bantuan telah ditetapkan mengikut kategori kelayakan dan bilangan tanggungan anak.

KADAR BAYARAN BANTUAN TUNAI STR MENGIKUT KATEGORI

Jumlah pemberian bantuan STR fasa kedua akan dimaklumkan sebelum pengagihan dilakukan. Dibawah adalah senarai penuh jumlah bayaran STR bagi sesi tahun 2024 mengikut kategori kelayakan.

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2500 SEBULAN)

  • Tiada anak – RM1000
  • Mempunyai anak (1-2) – RM1500
  • Mempunyai anak (3-4) – RM2000
  • Mempunyai anak (5 keatas) – RM2500

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM5000 SEBULAN)

  • Tiada anak – RM500
  • Mempunyai anak (1-2) – RM750
  • Mempunyai anak (3-4) – RM1000
  • Mempunyai anak (5 keatas) – RM1250

KATEGORI BELIA BUJANG & WARGA EMAS

  • Belia bujang berumur 21 tahun keatas – RM350
  • Warga emas berumur 60 tahun keatas – RM600

SEMAKAN STATUS & PENDAFTARAN BAHARU STR 2024

Kepada penerima sedia ada dan mereka yang ingin kemukakan permohonan baharu, semakan status dan pendaftaran kini boleh dilakukan secara online. Panduan serta maklumat lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi bantuan tunai – STR 2024

Segala informasi terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah akan dikemaskini dari semasa ke semasa sebagai rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Tahukah kalian sebenarnya terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button