BANTUANBMTFASA 3

Senarai Penerima Bantuan BMT Fasa 3 Bulan Ini

Senarai penerima bantuan BMT untuk fasa 3 dibayar pada bulan Mac secara kredit terus ke akaun bank masing-masing. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan pada tahun ini salah satunya adalah bantuan musim tengkujuh (BMT).

SENARAI PENERIMA BANTUAN BMT

Untuk makluman, bantuan musim tengkujuh telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Peruntukan bagi BMT tahun ini melibatkan dana sebanyak RM9.7 juta yang akan diberikan kepada kira-kira 12,150 rakyat Malaysia yang berkelayakan mendapatkannya.

Apa yang menarikh adalah kadar bantuan telah dinaikkan sebanyak RM800 pada tahun 2023 berbanding RM600 pada tahun 2022. Kenaikan kadar bantuan BMT adalah salah 1 faktor keperihatinan kerajaan kepada golongan yang terjejas.

Bayaran BMT 2022 diberikan secara 2 fasa iaitu november RM300 dan Disember RM300 jumlah keseluruhan bernilai RM600. Manakala bayaran BMT 2023 pula diberikan secara 3 peringkat iaitu 3 fasa seperti berikut :

  • Fasa 1 (Januari) : RM300
  • Fasa 2 (Februari) : RM300
  • Fasa 3 (Mac) : RM200

Pemberian bantuan musim tengkujuh ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan terjejas. Jumlah bantuan sebanyak RM800 akan diberikan secara kredit ke dalam akaun penerima.

KRITERIA KELAYAKAN BMT

Berikut telah disediakan kriteria kelayakan bagi permohonan bantuan musim tengkujuh (BMT) seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan yang terjejas (tiada hasil) kerana isu buruh atau serang pokok getah
  • Merupakan peneroka tanaman getah yang menghantar hasil ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanaman semula bersama FELDA.

SEMAKAN BMT FASA 3

Kepada mereka yang ingin membuat semakan permohonan BMT, semakan boleh dibuat melalui 2 kaedah seperti berikut :

  • Layari portal rasmi BMT RISDA – DI SINI
  • Atau secara hadir ke pejabat RISDA dimana permohonan dilakukan.

Bantuan BMT Fasa 3 ini diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan peneroka getah sahaja. Kepada yang berkelayakan boleh membuat semakan.

INFO LANJUT

Selain daripada BMT, terdapat bantuan lain yang telah dilaksanakan pada awal tahun 2023 seperti bantuan kanak-kanak (BKK), bantuan awal persekolahan (BAP), sumbangan tunai rahmah (STR) dan lain-lain lagi. Kepada yang terlepas pandang boleh semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button