BANTUANLesen Memandu

Rasmi : Bantuan Lesen memandu Tahun 2023

Rasmi : Bantuan lesen memandu percuma adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk makluman, pihak kerajaan bersetuju untuk melaksanakan bantuan khas ini bagi meringankan beban rakyat pada tahun ini.

RASMI : BANTUAN LESEN MEMANDU 2023

Menerusi pembentangan Belanjawan 2023 pada bulan Februari lalu, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan. Bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk menanggung kos bayaran ujian lesen memandu bagi lesen motorsikal kelas B2 serta lesen bas, teksi dan e-hailing.

Untuk pengetahuan umum, perlaksanaan inisiatif khas ini akan dijalankan pada tahun ini dan akan memberi manfaat kepada rakyat Malaysia terutama golongan Belia B40. Hal ini kerana golongan belia akan meneruskan corak ekonomi domestik terutama dalam sektor pengangkutan awam.

KATEGORI BANTUAN LESEN MEMANDU

Dalam sidang BELANJAWAN 2023, Perdana Menteri telah memamklumkan bantuan lesen memandu secara percuma akan diberikan kepada kategori seperti berikut :

  • Tanggung kos ujian lesen memandu motorsikal kelas B2
  • Lesen e-hailing
  • Lesen Teksi
  • Lesen Bas

Dengan adanya tawaran inisiatif khas ini, kerajaan berharap golongan para belia dapat menggunakan manfaat ini kearah membantu meringankan beban serta meningkatkan ekonomi dalam negara.

Pada sidang Belanjawan, terdapat pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan. Antaranya adalah bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kadar makanan menu rahmah, bantuan kewangan KWSP bagi pencarum mempunyai baki simpanan di bawah RM10,000.

Pelbagai inisiatif ini diperkenalkan adalah atas dasar keprihatinan kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar pada tahun ini.

CARA PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU

Untuk sedia maklum, syarat kelayakan dan permohonan bantuan lesen memandu masih belum dimaklumkan oleh pihak kerajaan. Dijangka akan dilaksanakan pada pertengahan tahun ini, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

INFO LANJUT

Selain bantuan lesen memandu, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untu aanda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button