Bantuan e-dompet 2023 adalah merupakan salah satu inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada pembentangan Belanjawan tahun ini. Untuk makluman, Menteri Kewangan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa pemberian bantuan e-dompet akan dipercepatkan pada bulan depan (Jun).
BANTUAN E-DOMPET 2023
Bagi sedia maklum, pemberian bantuan e-dompet ini adalah merupakan insentif khas yang ditawarkan oleh kerajaan setiap tahun kepada mereka yang berkelayakan. Pada tahun 2021 ia dikenali sebagai eBelia, pada 2022 (epemula) dan pada tahun ini dijenama semula kepada e-tunai belia rahmah.
Perlaksanaan program bantuan khas ini akan memberi manfaat kepada 2 juta penerima terdiri daripada warganegara Malaysia. Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah meringankan beban golongan belia serta memupuk budaya transaksi tanpa tunai.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah syarat-syarat kelayakan bantuan e-dompet 2023 yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti di bawah :
- Golongan belia
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18,19 dan 20 tahun
- Diperluaskan kepada kumpulan mahasiswa tanpa mengira had kelayakan umur
KADAR BANTUAN
Seperti sedia maklum, pemberian bantuan edompet tahun sebelum ini adalah RM150. Pada tahun ini kadar bantuan yang ditawarkan telah dinaikkan sebanyak RM200 untuk seorang yang layak.
Kaedah tebus bantuan khas ini adalah sama seperti tahun lalu, dimana pemohon boleh menebus melalui aplikasi pilihan masing-masing. Seperti Bigpay, Shopeepay, Grabpay dan Touch N go Ewallet, pemohon hanya boleh tebus bantuan sekali sahaja.
CARA PERMOHONAN
Buat masa ini hanya maklumat berkenaan bantuan dilaksanakan pada bulan Jun 2023 sahaja. Cara permohonan masih belum dinyatakan, dijangkakan sebelum perlaksanaan bantuan akan dimaklumkan cara permohonan.
Segala maklumat terkini mengenai bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum. Bantuan edompet secara rasmi telah diumumkan oleh Perdana Menteri pada sidang BELANJAWAN 2023
INFORMASI & MAKLUMAT LANJUT
Pada tahun ini selain bantuan khas untuk belia ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan tunai yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.