Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Rasmi : Pengeluaran KWSP Fasa1 Bersyarat FSA2 Dibenarkan

Rasmi : Pengeluaran KWSP Fasa1 bersyarat FSA2 kini dibenarkan dan ahli yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan pada tahun ini. Bagi pengetahuan umum, pihak KWSP telah menyediakan pelbagai inisiatif kemudahan pengeluaran kepada para pencarum.

RASMI : PENGELUARAN KWSP FASA1

Bermula pada bulan April 2023, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran bersyarat. Fasiliti Sokongan Akaun 2 adalah merupakan inisiatif yang ditawarkan kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun.

Untuk makluman, pengeluaran FSA2 KWSP ini akan dilaksanakan secara 2 fasa dan kini kemudahan FSA2 fasa 1 telahpun dibuka permohonan. Perlaksanaan fasiliti sokongan akaun 2 ini adalah bertujuan membantu ahli KWSP untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Apa yang menarik adalah simpanan bulanan caruman dalam akaun 2 boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Dengan adanya FSA2 ini, ahli boleh membuat permohonan pengeluaran awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

KADAR PENGELUARAN KWSP FASA1 YANG DIBENARKAN

Untuk sedia maklum, pihak KWSP telah memaklumkan bahawa kadar pengeluaran pembiayaan FSA2 KWSP fasa 1 adalah minimum RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

KWSP telah menetapkan syarat kelayakan asas bagi permohonan pengeluaran bersyarat FSA2 fasa 1 seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Ahli KWSP
  3. Minimum simpanan akaun 2 KWSP : RM3,000
  4. Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  5. Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000
  6. Mematuhi dan memenuhi terma serta syarat yang ditetapkan pihak bank
  7. Berumur 40 hingga sebelum mencapai 55 tahun (Syarat fasa 1)

Info : Bagi pengeluaran fasa 1, institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu MBSB dan Bank Simpanan Nasional (BSN).

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Panduan cara daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi FSA2 KWSP – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan adalah bagi meringankan beban rakyat terutama golongan B40 dan terjejas.

Kepada yang terlepas pandang boleh lihat dan cek senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan pada tahun ini – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button