eGumis

Panduan Semak Dan Mendapatkan Wang Yang Tidak Dituntut

Untuk pengetahuan umum, ramai yang terlepas pandang berkenaan tentang hal Wang Tidak Dituntut atau dikenali (WTD) melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Mengikut statistik data, ramai yang tidak sedar dan tidak tahu mengenai perkara ini yang mana mempunyai (WTD) yang boleh dituntut di Jabatan Akauntan Negara.

Pengenalan

WTD adalah merupakan Wang yang perlu dibayar di sisi undang undang kepada para pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu yang telah ditetapkan di bawah akta WTD 1965.

Wang berkenaan boleh datang dari pelbagai sumber seperti dibawah :

  • Gaji , Upahan , bonus, komisyen atau wang berkaitan yang perlu dibayar kepada kakitangan atau pekerja
  • Draf Bank, dokumen lain dan cashier order yang mempunyai fungsi serupa di dalam tempoh sah lakunya telah luput
  • Dividen anda
  • Segala keuntungan daripada perkongsian yang sah diistiharkan untuk dibahagikan
  • Simpanan tetap yang telah matang – tanpa arahan pembaharuan secara automatik
  • Penghutang yang berbagai yang berbaki kredit
  • Deposit dan cagaran apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai

Nota tambahan: Tidak semua wang ini sampai kepada pemilik dan disebabkan itu ia kemudiannya diserahkan kepada Pihak Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang bertindak sebagai pemegang amanah yang pemilik boleh membuat tuntutan.

Cara Membuat Semakan dan Tuntutan WTD

Dibawah telah disediakan panduan cara semakan dan tuntut WTD seperti berikut :

  • Sila layari Portal Rasmi e-Gumis – DI SINI
  • Kemudian tekan pada butang ‘Carian Wang Tidak Dituntut’
  • Masukan No kad pengenalan
  • Tekan butang rekod WTD dan ‘ teruskan dengan permohonan’
  • Seturusnya isi maklumat yang diperlukan sehingga keluar terma dan syarat eGumis
  • Tekan Hantar
  • Proses bayaran hanya akan diberikan apabila dokumen lengkap disahkan pihak berwajib

Anda juga boleh buat semakan status permohonan melalui Portal Rasmi eGumis dengan cara tekan butang ‘Tabringkasan/Senarai Permohonan’ kemudian sila rujuk pada ruangan ‘Status’

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengetahui lebih maklumat terperinci berkenaan WTD boleh terus layari laman utama eGumis untuk maklumat lanjut berkenaan WTD yang anda boleh semak dan membuat tuntutan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button