eGumisWang Tidak DituntutWTD

Rasmi : Wang Tidak Dituntut Boleh Disemak Melalui eGumis

Rasmi : Wang Tidak Dituntut (WTD) boleh disemak oleh seluruh rakyat Malaysia bagi mengenalpasti sama ada mempunyai WTD atau tidak. Untuk makluman, eGumis merupakan sebuah portal bagi memudahkan individu membuat semakan tanpa perlu hadir ke kaunter.

RASMI : WANG TIDAK DITUNTUT (2024)

Masih ramai yang tidak tahu atau terlepas pandang berkenaan wang tidak dituntut ini, tahukah anda berdasarkan data, ramai yang berjaya tuntut WTD selepas semakan dilakukan. WTD ini merupakan wang/ duit yang perlu dibayar kepada empunya dari sisi undang-undang.

WTD boleh datang dari pelbagai sumber, wang yang sepatunya dibayar tetapi tidak diberikan dalam tempoh masa melebihi 1 tahun. Di bawah dikongsikan maklumat asas yang perlu diketahui mengenai WTD ini.

ANTARA SUMBER WANG TIDAK DITUNTUT

Berikut adalah beberapa sumber WTD yang boleh dituntut oleh individu seperti :

  • Upahan, gaji, komisen, bonus serta wang yang berkaitan perlu dibayar kepada kakitangan
  • Keuntungan yang telah diisytiharkan perlu dibahagikan
  • Dividen dan tuntutan insuran yang diluluskan untuk bayaran
  • Cashier’s order, draf bank dan dokumen lain yang mempunyai fungsi sama dimana tempoh sah laku sudah luput
  • Cagaran atau deposit yang apabila wang dikutip telah tercapai (berbaki kredit)
  • Simpanan tetap – Tanpa arahan pembaharuan secara automatik (Telah matang).

Sudahkah anda fahami apa itu WTD? jika anda rasa mempunyai WTD pada masa lalu anda berdasarkan sumber seperti diatas. Semakan dan tuntutan boleh dilakukan secara online dengan mudah.

PANDUAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT

Pihak Jabatan Akauntan Negara (ANM) telah mewujudkan sebuah portal rasmi bagi memberi manfaat kepada rakyat untuk membuat semakan dan tuntutan (WTD). Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi – eGUMIS ANM

Setiap pemohon perlu mendaftar dan log masuk pengguna melalui laman rasmi egumis untuk membuat semakan. Jika mempunyai WTD, tuntutan boleh dilakukan bagi mendapatkan hak anda yang sepatutnya dibayar sebelum ini.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun 2024 dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button