Wang Tidak Dituntut

Semak & Tuntut Wang Anda Tak Pernah Tahu Melalui Egumis ANM

Tahukah anda, ramai yang terlepas pandang berkenaan Wang Tidak Dituntut (WTD) yang mana merupakan wang dari pelbagai sumber yang mungkin anda boleh dapatkan. Di halaman ini telah disediakan maklumat berkenaan WTD yang boleh anda buat rujukan.

Apakah Itu EGUMIS?

Untuk sedia maklum, eGUMIS adalah merupakan sebuah sistem semakan bagi memudahkan proses urusan transaksi dan semakan Wang Tidak Dituntut (WTD) dan hanya boleh dibuat secara online.

Sistem ini pada awalnya dijangkakan mula beroperasi pada suku kedua tahun 2018 namun telah ditangguhkan atas sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan. Bermula 1 Januari 2022 barulah sistem eGUMIS boleh diakses sepenuhnya dan sehingga hari ini anda boleh menyemak WTD.

Semakan boleh dibuat dengan mudah dengan cara menggunakan nombor kad pengenalan individu atau nombor pendaftaran syarikat.

Untuk makluman, WTD adalah merupakan wang kepunyaan seseorang yang tidak dibayar dalam tempoh tertentu. Jumlah tersebut bergantung kepada akaun masing-masing. WTD ini boleh datang dari pelbagai sumber seperti berikut.

  • Komisyen / gaji / upah / eGaji
  • Tuntutan insuran yang sudah diluluskan
  • Dividen
  • Cagaran atau deposit
  • Simpanan tetap
  • Keuntungan yang telah diisytiharkan
  • Akaun simpanan / semasa
  • Wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun
  • Simpanan tetap yang tidak mempunyai arahan pembaharuan secara automatik.

Panduan Semak & Tuntut WTD Yang mungkin anda miliki

Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah menyediakan portal rasmi EGUMIS bagi memudahkan orang ramai membuat semakan WTD secara atas talian (Online). Di bawah telah disediakan panduan cara mudah untuk semak WTD melalui eGUMIS.

Semakan

  1. Langkah pertama, sila layari Laman Rasmi eGUMIS – https://egumis.anm.gov.my/
  2. Sila daftar dengan cara masukan nama penuh, nombor kad pengenalan dan e-mel anda yang masih aktif
  3. Kemudian Log masuk menggunakan kata laluan yang telah dihantar di e-mel anda
  4. Sila tukar semula kata laluan anda untuk keselamatan
  5. Selepas log masuk, sila klik pada butang “Carian Wang Tidak Dituntut” untuk tujuan semakan
  6. Untuk pengetahuan, sistem semakan ini hanya boleh dibuat sebanyak 2 kali sahaja untuk tempoh 24 jam.

Tuntutan

  1. Tekan pada butang “Teruskan Dengan Permohonan”
  2. Klik Tambah penerima dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dan tekan simpan
  3. Sila muat turun dokumen sokongan pada bahagian mendatori
  4. Sila tanda pada kotak dan setuju dengan terma syarat, sila pilh YA
  5. Proses pembayaran akan dilakukan apabila dokumen anda telah disahkan.

Nota : Proses pembayaran akan mengambil masa dan wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank yang telah didaftarkan.

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau informasi lebih lanjut berkenaan WTD ini, anda boleh terus ke portal rasmi eGUMIS atau hubungi talian khas di – 03 2056 8052 / 03 2056 8053.

Untuk maklumat tambahan, sekiranya anda terlepas pandang, pada tahun 2022 pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif terutama bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – TEKAN DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button