FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

Skim Pengeluaran Bersyarat KWSP : Sehingga RM50,000

Skim Pengeluaran Bersyarat KWSP sehingga maksimum RM50,000 kini dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Seperti sedia maklum, inisiatif khas ini merupakan sebuah kemudahan yang disediakan oleh pihak KWSP pada tahun ini.

SKIM PENGELUARAN BERSYARAT KWSP

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah program skim pengeluaran melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Ahli KWSP yang menepati kriteria kelayakan dibenarkan membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun.

Tujuan utama program khas pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 ini adalah bagi membantu setiap ahli yang layak dan memerlukan mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.

Untuk makluman, program FSA2 KWSP ini akan dilancarkan secara 2 fasa yang melibatkan kriteria kelayakan dan kadar pengeluaran yang berbeza. Buat masa ini, permohonan bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 telahpun dibuka kepada para pencarum yang memerlukan.

KADAR PENGELUARAN KWSP YANG DIBENARKAN

KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran bagi fasa pertama yang dibenarkan adalah serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang boleh dilakukan adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

SYARAT KELAYAKAN SKIM PENGELUARAN FSA2 KWSP

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi pengeluaran khas ini seperti :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun (Fasa 1)
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat KWSP maksimum sehingga RM50,000.

CARA DAFTAR PERMOHONAN PENGELUARAN FSA2 KWSP

Kepada ahli yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara daftar telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP

Bagi makluman, terdapat 5 pilihan bank yang terlibat bagi pengeluaran Fasa 1 seperti berikut :

  • Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Maybank
  • CIMB Bank
  • MBSB Bank
  • Bank Muamalat.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button