ePengeluaranKWSP

Rasmi : E-Pengeluaran KWSP Dibenarkan Melalui Akaun 1 & 2

Rasmi : E-Pengeluaran KWSP dibenarkan dan boleh dilakukan oleh pencarum melalui akaun 1 dan akaun 2 pada bila-bila masa. Untuk maklum, sebenarnya ahli KWSP boleh mengeluarankan wang mereka sebelum mencapai umur 55 tahun.

RASMI : E-PENGELUARAN KWSP

Tahukah anda pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau dikenali sebagai KWSP telah menyediakan kemudahan pengeluaran. Setiap ahli yang menepati syarat kelayakan boleh mengeluarkan wang mereka melalui akaun 1 dan akaun 2.

Kemudahan e-pengeluaran ini boleh dilakukan secara online pada bila-bila masa sepanjang tahun ini. Terdapat 2 jenis pengeluaran yang dibenarkan iaitu secara pengeluaran sebahagian atau sepenuhnya.

JENIS KEMUDAHAN E-PENGELUARAN KWSP

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan 2 jenis pengeluaran yang boleh dilakukan pada tahun ini.

PENGELUARAN PRA-PERSARAAN

  1. Perumahan (Beli rumah, bina rumah, ansuran bulanan pinjaman rumah dan menyelesaikan baki pinjaman perumahan)
  2. Simpanan melebihi amaun 1 juta
  3. Pendidikan
  4. Kesihatan
  5. Mencapai umur 50 tahun

PENGELUARAN PERSARAAN

  1. Dividen tahunan
  2. Umur 55 tahun
  3. Umur 60 tahun

SYARAT KELAYAKAN E-PENGELUARAN KWSP

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi e-pengeluaran KWSP seperti di bawah :

  • Ahli KWSPWarganegara
  • Malaysia atau penduduk tetap
  • Syarat kelayakan perlu mengikut syarat pengeluaran semasa
  • Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun maksimum
  • Bayaran secara pengkreditan terus ke dalam akaun semasa/ simpanan ahli atau ke akaun bank rakan strategik KWSP

PANDUAN PERMOHONAN

Kepada ahli yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan e-pengeluaran boleh dikemukakan secara online. Panduan langkah cara mohon telah disediakan, sila ke laman rasmi e-pengeluaran KWSP – DI SINI

Info : Kemudahan istimewa pengeluaran ini tidak merugikan kepada ahli. Sebagai contoh pengeluaran untuk tujuan perumahan, hal ini kerana ia adalah sebahagian aset yang bernilai untuk jangka masa panjang ahli.

SALURAN PERMOHONAN

  • I-Akaun (Ahli) : Pencarum yang berdaftar sebagai pengguna i-akaun boleh melakukan permohonan secara dalam talian/ online
  • I-Akaun (Rakan Niaga) : Ahli perlu hadir ke premis rakan niaga KWSP untuk membuat permohonan secara dalam talian/ online.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khas berbentuk bantuan telah diperkenal dan ditawarkan kepada rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button