Fasa 1FSA2KWSPPengeluaran Bersyarat

KWSP : Pengeluaran Fasa 1 Dibenarkan Melalui FSA2 (2024)

KWSP : Pengeluaran Fasa 1 kini telah dibenarkan kepada ahli yang berkelayakan dan memerlukan melalui skim FSA2 tahun 2024. Bagi pengetahuan umum, kemudahan skim pengeluaran khas bersyarat ini disediakan pada tahun ini oleh KWSP.

PENGELUARAN KWSP FASA 1

Untuk makluman, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah memperkenalkan sebuah program kemudahan khas melalui Fasiliti Sokongan Akaun 2. Skim kemudahan FSA2 ini akan dilaksanakan secara 2 fasa yang melibatkan kadar pengeluaran dan kelayakan yang berbeza.

Buat masa ini sepanjang tahun 2024, permohonan bagi pengeluaran KWSP bersyarat FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada seluruh pencarum yang berkelayakan. Tujuan utama kemudahan ini diadakan adalah bagi membantu para pencarum mendapatkan pembiayaan peribadi daripada wakil institusi perbankan.

Melalui FSA2, ahli boleh membuat permohonan awal bersyarat 50 tahun atau 55 tahun. Dengan adanya inisiatif istimewa ini, ahli dapat manfaat pembiayaan untuk tujuan peribadi masing-masing.

KADAR PENGELUARAN KWSP FASA 1 YANG DIBENARKAN

Pihak KWSP telah menetapkan kadar pengeluaran yang boleh dilakukan adalah minimum serendah RM3,000. Manakala maksimum pengeluaran yang dibenarkan bagi fasa 1 ini adalah sehingga RM50,000 secara one-off.

Untuk pengeluaran fasa pertama FSA2 KWSP ini, terdapat 4 wakil perbankan yang terlibat iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB Bank, Maybank dan MBSB Bank. Setiap pemohon perlu mematuhi syarat tambahan yang ditetapkan oleh pihak bank.

KRITERIA KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP FSA2

Terdapat beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi pengeluaran khas KWSP melalui FSA2 ini seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Ahli KWSP yang berumur belum mencapai 55 tahun (Syarat fasa pertama)
  • Permohonan boleh dilakukan sekali sahaja
  • Memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan pihak bank
  • Mempunyai simpanan dalam akaun 2 minimum RM3,000
  • Pengeluaran bersyarat maksimum RM50,000 (one-off).

PANDUAN DAFTAR & MOHON PENGELUARAN KWSP

Sekiranya anda berkelayakan dan berkeperluan, permohonan pengeluaran bersyarat ini boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman portal rasmi – FSA2 KWSP (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak jenis kemudahan dan inisiatif khususnya berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button