BANTUANBAPKerajaanPemberian

BAP : Pemberian Bantuan RM150 Telah Disalurkan Kepada Rakyat

BAP : Pemberian Bantuan RM150 telahpun mula disalurkan kepada rakyat Malaysia yang merupakan murid bagi sesi tahun 2024. Untuk makluman, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan yang dilaksanakan pada suku pertama tahun ini.

BAP : PEMBERIAN BANTUAN RM150 (ONE-OFF)

Bagi pengetahuan umum, kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk menyalurkan sumbangan pemberian Bantuan Awal Persekolahan (BAP). Insentif tambahan bantuan tunai bernilai RM150 ini diberikan secara sekali bayar kepada para pelajar.

Apa yang menarik adalah BAP melibatkan peruntukan sebanyak RM788 juta pada tahun ini berbanding tahun lalu RM450 juta. Ini bermakna akan lebih ramai murid akan menerima manfaat daripada bantuan khas ini bagi meringankan beban persediaan persekolahan.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan juga menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding tahun lalu RM625 juta. Program bantuan makanan RMT ini bagi membantu golongan pelajar yang mempunyai keluarga kurang berkemampuan.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BAP RM150

Pembayaran bantuan khas BAP RM150 ini telah mula disalurkan secara berperingkat mengikut kawasan dan negeri seluruh negara pada bulan ini. Kaedah pemberian bantuan dilakukan melalui pihak sekolah dan diagihkan kepada para pelajar secara tunai atau kredit ke dalam akaun.

Kementerian Pedidikan Malaysia (KPM) percaya dengan adanya insentif ini dapat membantu sedikit sebanyak meringankan beban pembelanjaan penjaga dalam menyediakan kelengkapan persekolahan sesi tahun ini.

SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN BAP 2024

Bagi makluman umum, pemberian bantuan one-off BAP RM150 ini telah disalurkan mengikut kawasan. Kepada yang belum menerima, anda boleh membuat semakan melalui pihak sekolah anak masing-masing.

Untuk ketahui lebih terperinci berkenaan insentif khas BAP ini atau intipati bajet pembelanjaan kerajaan pada tahun ini. Kalian boleh rujuk pada laman rasmi – Belanjawan 2024

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2024, kerajaan perpaduan telah memperkenalkan lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan. Perkara ini adalah sebagai tanda keprihatinan kerajaan bagi menangani masalah rakyat terutama golongan yang terjejas.

Kepada yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai bantuan yang ada pada waktu ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button