BANTUANBKMTarikh Pembayaran

Pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 1 Mula Diagihkan

Ramai yang ternanti-nanti berkenaan tarikh pembayaran bantuan berbentuk kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan iaitu Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022.

BKM adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan utama berbentuk kewangan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. BKM juga adalah merupakan bantuan tunai yang mensasarkan kepada golongan yang sangat memerlukan bagi meringankan pembelanjaan kos sara hidup serta beban yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah.

Untuk makluman, pembayaran BKM 2022 terbahagi kepada 4 Fasa pada bulan berbaza dalam tahun ini iaitu pada bulan Mac, Jun, September dan Disember 2022. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan tarikh pembayaran BKM 2022.

Tarikh Jadual Pembayaran BKM 2022

Bagi sedia maklum, pembayaran BKM 2022 telah pun ditetapkan terbahagi kepada 4 Fasa dan di bawah telah disediakan maklumat jadual pembayaran :

FASA 1
  • Dijangka bermula 16 Mac 2022 (Mengikut tempat)
  • Kategori Bujang
  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
FASA 2
  • Bulan Jun 2022 (Tarikh belum ditetapkan)
  • Kategori Bujang
  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
FASA 3
  • Bulan September 2022 (Tarikh belum ditetapkan
  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Bujang
  • Kategori Warga Emas Bujang / Tiada pasangan
FASA 4
  • Bulan Disember 2022 (Tarikh belum ditetapkan)
  • Kategori Isi Rumah
  • Kategori Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Maklumat Pembayaran BKM 2022 – FASA 1

Pembayaran BKM 2022 Fasa 1 dijangkankan mula diagihkan pada 15 Mac 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat mengikut bank dan tempat.

Permohonan BKM 2022

Untuk makluman, segala data penerima bantuan sebelum ini iaitu BKC 40, BPR 2021 dan pemohon BPR 2021 yang tidak layak atas alasan menerima GKP akan di bawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan pemohon.

Tarikh Permohonan Dan Pengemaskinian BKM 2022

Anda boleh membuat semakan kemaskini atau permohonan baru pada tarikh yang telah ditetap iaitu bermula 1 Januari 2022 sehingga tarikh tutup pada 31 Januari 2022. Tertakluk pada pindaan dari semasa ke semasa.

Maklumat Lanjut

Selain BKM 2022, terdapat pelbagai jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh Pihak Kerajaan khususnya berbentuk kewangan. Jika anda terlepas pandang atau ingi mengetahui lebih terperinci berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button