BANTUANKWSP

Kelayakan Penerima Bantuan KWSP RM500

Kelayakan penerima bantuan KWSP berjumlah RM500 yang akan dikreditkan kepada ahli secara automatik ke dalam akaun 1. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan oleh kerajaan pada sidang Belanjawan 2023.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN KWSP

Dalam usaha pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja membantu para pencarum yang kurang berkemampuan, sebuah program pemberian insentif tambahan telah ditawarkan.

Perlaksanaan program khas ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta pencarum dan melibatkan peruntukan hampir 1 billion.

Program bantuan kewangan sebanyak RM500 ini adalah insentif tambahan yang diberikan kepada ahli KWSP. Kelayakan penerima bantuan KWSP RM500 ke dalam akaun 1 ini adalah seperti berikut :

  • Warganegara
  • Ahli KWSP
  • Berumur 40 hingga 55 tahun
  • Mempunyai baki simpanan KWSP akaun 1 kurang daripada RM10,000

Nota : Kepada ahli yang menepati syarat kelayakan insentif khas ini, pihak kerajaan akan menambah secara kredit ke dalam akaun sebanyak RM500.

TARIKH PERLAKSANAAN

Untuk sedia maklum, inisiatif tambahan RM500 KWSP ini telah diperkenalkan pada Belanjawan 2023 Februari lalu. Program ini tidak melibatkan sebarang permohonan yang perlu dibuat dan akan dikreditkan ke dalam akaun 1 KWSP yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Segala maklumat terkini berkenaan tarikh perlaksanaan batuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa selepas pengumuman dari pihak KWSP

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif terutama dalam bentuk kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button