BANTUANJKMKerajaan

(RASMI) Semakan syarat kelayakan Bantuan AM RM 350 sebulan

Tahukah anda, pada tahun 2022 terdapat sebuah program bantuan yang boleh anda dapatkan iaitu Bantuan AM maksimum sehingga RM 350 sebulan. Bantuan ini adalah dibawah kendalian Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada golongan isi rumah yang berkelayakan.

Butiran Maklumat Bantuan AM

Untuk makluman, terdapat 9 jenis bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Salah satunya adalah Bantuan AM Persekutuan. Mengikut statistik datan, ramai yang terlepas pandang berkenaan bantuan ini kerana insentif ini jarang dihebahkan kepada umum.

Program Bantuan AM ini adalah merupakan sebuah bantuan dari Kerajaan yang disalurkan terus kepada rakyat khususnya kepada isi rumah yang layak untuk melalui tapisan kelayakan.

Syarat Kelayakan Bantuan AM

Bagi bantuan AM , ia terbuka kepada golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak meliputi dibawah jenis bantuan JKM yang lain.

Objektif utama pemberian bantuan AM ini adalah bagi membantu rakyat yang memerlukan dari segi menampung pembelanjaan harian keluarga yang layak.

Jumlah Bantuan AM

Bagi kadar jumlah pemberian Bantuan AM Persekutuan ini adalah minimum RM 100 seorang dan maksimum sehingga RM 350 untuk satu keluarga. Jika layak, pembayaran akan diberikan setiap bulan.

Permohonan Bantuan AM

Jika berminat, anda boleh membuat permohonan secara online atau di pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan di seluruh negara.

Bagi setiap permohonan dijalankan secara proses siasatan penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon yang benar-benar layak. Bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Sediakan Dokumen permohonan seperti berikut :

  • Borang permohonan JKM 18
  • Borang kaji semula JKM 20
  • Salinan IC pemohon
  • Sediakan mana-mana dokumen berkaitan
  • Salinan penyata gaji (Jika ada).

Maklumat Tambahan

Untuk sebarang semakan senarai bantuan dari pihak Kerajaan pada tahun 2022. Anda boleh pergi ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button