BANTUANFSA2KWSPPengeluaran Khas

Syarat Kelayakan Pengeluaran KWSP RM3,000 Hingga RM50,000

Untuk makluman, terdapat beberapa syarat kelayakan pengeluaran KWSP melalui FSA2 yang telah ditetapkan. Pihak KWSP telah membuka permohonan bagi mereka yang ingin mengeluarankan wang mereka secara bersyarat.

PENGELUARAN KWSP BERSYARAT

Bagi pengetahuan umum, pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah melancarkan sebuah kemudahan bagi membantu ahli membuat pembiayaan untuk tujuan peribadi.

Program Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP akan dilaksanakan secara 2 fasa. Buat masa ini permohonan bagi fasa pertam telah dibuka bermula April 2023.

Apa yang menarik adalah pencarum boleh membuat pengeluaran secara pembiayaan untuk tujuan peribadi daripada institusi perbankan. Pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 hanya akan melibatkan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB.

Kadar pengeluaran melalui fasiliti sokongan akaun 2 KWSP adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000. Jumlah pengeluaran yang boleh dibuat tertakluk kepada baki simpanan ahli dalam akaun 2.

SYARAT KELAYAKAN PENGELUARAN KWSP

Pihak berwajib telah menetapkan syarat kelayakan pengeluaran KWSP melalui FSA2 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon merupakan ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun
  • Jumlah baki amaun simpanan akaun 2 KWSP minimum RM3,000
  • Permohonan dibenarkan dilakukan sekali sahaja
  • Permohonan yang sudah lulus tidak boleh dibatalkan
  • Kadar amaun maksimum pengeluaran KWSP FSA2 tidak melebihi RM50,000 dan jumlah pembiayaan tertakluk pada yang diluluskan oleh institusi perbankan

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Kepada ahli/ pencarum yang ingin memohon, permohonan boleh dilakukan secara online. Sila layari portal rasmi – FSA2 KWSP dan panduan daftar permohonan adalah seperti di bawah :

  • Step 1 : Ahli perlu membuat semakan awal kelayakan simpanan akaun 2 KWSP melalui laman rasmi institusi perbankan yang anda pilih
  • Step 2 : Melalukan permohonan pembiayaan peribadi melalui institusi perbankan pilihan pemohon. Pemohon perlu patuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan pihak bank
  • Step 3 : Mengemukakan permohonan awal pembiayaan pengeluaran bersyarat FSA2 KWSP

Info : Buat masa ini institusi perbankan yang terlibat hanya ada 2 iaitu BSN dan MBSB. Sekiranya ada penambahan bank akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah memperkenal dan menawarkan pelbagai inisiatif berbentuk bantuan kepada rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button