BANTUANBMTFasa 2

Pembayaran Fasa Kedua Berjumlah RM300 Dikreditkan Bermula Februari Ini

Pembayaran fasa kedua berjumlah RM300 telah diumumkan akan dikreditkan ke akaun penerima bermula bulan Februari ini. Untuk makluman, inisiatif bantuan berbentuk kewangan ini akan diberikan secara berperingkat (fasa) kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan.

Pada suku pertama tahun 2023, selain daripada pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan musim tengkuh (BMT) juga turut diagihkan.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023

Untuk makluman, bantuan khas BMT ini telah membabitkan peruntukan berjumlah RM9.7 juta. Perkara ini bagi memberi manfaat kepada kira-kira 12,138 penerima yang layak di seluruh negara. Jumlah bantuan BMT telah diumumkan sebanyak RM800 dan akan diberikan secara 3 fasa.

Nik Nazmi Nik Ahmad selaku Menteri sumber asli, alam sekitar dan perubahan iklim telah berkata bahawa bayaran sebanyak RM800 ini akan diberikan secara terus (kredit ke dalam akaun penerima). Bayaran akan melalui 3 fasa iaitu Januari (RM300), Februari (RM300) dan Mac (RM200).

TARIKH BAYARAN FASA KEDUA

Bagi sedia maklum, bayaran BMT fasa pertama telah selesai diberikan pada bulan Januari, bagi pembayaran fasa kedua pulak dikreditkan pada bulan Februari ini secara berperingkat kepada panerima.

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Untuk mereka yang telah membuat permohonan, semakan status permohonan boleh dilakukan. Terdapat 2 kaedah cara semakan status boleh dibuat seperti berikut :

  • Untuk semakan secara online, sila layari pautan rasmi eBMT RISDA – DI SINI
  • Untuk semakan secara manual, pemohon boleh hadir atau menghubungi Pejabat RISDA di mana permohonan dibuat.

SENARAI PENERIMA FASA KEDUA

Dibawah telah disediakan senarai penerima BMT fasa kedua seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Merupakan peneroka ladang getah yang menghantar hasil pencarian ke pusat pengumpulan getah FELDA
  • Mereka yang sedang dalam tempoh tanam semula bersama pihak FELDA
  • Kumpulan yang tidak mempunyai hasil kerana serangan penyakit pokok getah atau isu buruh.

Nota : Pemberian bantuan BMT ini adalah untuk rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan peneroka getah. Bagi yang berkelaykaan, semakan status permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi diatas.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada pembayaran fasa kedua BMT yang diberikan pada bulan ini, terdapat bantuan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan layak untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button