BANTUANFasa 4STR

Bantuan Tunai Fasa 4 : Semak Kadar Bayaran Mengikut Kategori

Bantuan tunai fasa 4 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan inisiatif fasa terakhir yang akan dibayar pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pembayaran bantuan tunai STR fasa keempat akan dikreditkan pada bulan November 2023.

BANTUAN TUNAI FASA 4

Pihak kerajaan telah memperkenalkan program Sumbangan Tunai Rahmah pada sidang Belanjawan 2023. Pemberian insentif berbentuk bantuan kewangan ini melibatkan dana peruntukan terbesar bagi skim bantuan yang diberikan pada tahun ini.

Kadar yang ditawarkan adalah sehingga RM3,100, jumlah bergantung kepada kategori kelayakan setiap penerima. Kemaskini terkini, pembayaran fasa 1, fasa 2 dan fasa 3 telahpun dibayar pada bulan Januari, April dan Jun 2023.

Kini hanya berbaki satu sahaja lagi fasa pembayaran bagi STR tahun ini. Untuk makluman, kategori bujang tidak akan terlibat pada bayaran fasa terakhir nanti.

KADAR BAYARAN STR FASA 4

Berikut dikongsikan maklumat yang perlu anda tahu berkenaan jumlah bayaran bantuan tunai fasa 4 yang akan diberikan mengikut kategori seperti di bawah :

KATEGORI ISI RUMAH TIADA HAD UMUR (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tidak mempunyai anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM1,200

ISI RUMAH TIADA HAD UMUR (PENDAPATAN RM5,000)

  • Tidak mempunyai anak : RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2) : RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4) : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 ke atas) : RM500

WARGA EMAS 60 TAHUN KEATAS

  • RM200 seorang

KATEGORI BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM0 (Tiada bayaran)

Info : Untuk kategori bujang, isi rumah pendapatan RM5,000 mempunyai anak 0 hingga 2 tidak akan terlibat menerima bayaran bantuan tunai fasa 4 STR.

JADUAL TARIKH BAYARAN

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan tunai fasa 4 akan mula diagihkan pada :

  • Bulan November 2023

SEMAKAN STATUS BAYARAN & RAYUAN STR

Kepada penerima sedia ada, anda boleh membuat semakan status bayaran. Manakala bagi penerima berstatus ‘Tidak Lulus’ boleh membuat rayuan STR sehingga 31 Julai 2023.

Untuk kemaskini atau semakan status bayaran, sila ke laman web rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain bantuan STR, terdapat lebih banyak inisiatif yang ditawarkan oleh kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat yang memerlukan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button