BANTUANJKM

Bantuan Kewangan RM1000 Mula Dikreditkan

Bantuan kewangan RM1000 telah mula dikreditkan bagi pembayaran bulan Mac 2023 secara berperingkat ke dalam akaun bank penerima. Untuk makluman, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai yang ditawarkan oleh kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

BANTUAN KEWANGAN RM1,000 BULAN MAC

Untuk sedia maklum, terdapat sembilan jenis insentif bantuan yang disediakan oleh JKM bagi membantu golongan yang berkelayakan dan memerlukan. Kadar bantuan adalah daripada RM150 sehingga RM1000 bergantung kelayakan kategori permohonan.

Perlaksanaan bantuan kewangan ini masih diteruskan sehingga tahun ini adalah bagi menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan berdasarkan 5 teras utama. Iaitu pemulihan, perlindungan, pencegahan, pembangunan serta pengintegrasian.

Tarikh bayaran bagi bantuan kewangan khas ini bermula daripada 1 hingga 10 Mac 2023. Pemohon yang layak akan menerima bayaran secara automatik setiap bulan. Bagi bukan penerima sedia ada, anda masih boleh membuat permohonan sekiranya menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Senarai bantuan yang ada dalam Skim Bantuan Kebajikan JKM adalah seperti dibawah. Sila semak dengan teliti dan sekiranya berkelayakan anda boleh membuat permohonan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN (BA)

Insetif BA ini ditawarkan kepada individu atau keluarga yang kurang berkemampuan bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti. Kadar bantuan yang disediakan adalah berjumlah RM100 sehingga RM300 sebulan bagi yang layak.

BANTUAN ANAK PELIHARA (BAP)

Bantuan BAP ini diteruskan perlaksanaannya adalah bagi meringankan beban tanggungan keluarga pelihara yang sedang menjaga anak-anak pelihara seperti anak kandung. Kadar bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM250 bagi seorang anak dan maksimum bayaran adalah RM500 untuk 1 keluarga.

BANTUAN WARGA EMAS (BWE)

Inisiatif bantuan tunai BWE ini ditawarkan kepada golongan orang tuan (warga emas) 60 tahun keatas bagi membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti. Kadar bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM500 sebulan.

Selain daripada bantuan utama diatas, terdapat beberapa bantuan lain yang ditawarkan dalam skim bantuan kebajikan JKM. Antaranya adalah bantuan AM negeri, bantuan latihan perantis, elaun pekerja OKU dan bantuan pesakit kronik terlantar.

SYARAT KELAYAKAN & PANDUAN PERMOHONAN

Untuk makluman, bantuan kewangan RM1000 ini dibuka sepanjang tahun ini. Kepada mereka yang kurang berkemampuan dan ingin membuat permohonan, sila semak syarat kelayakan dan cara mohon bantuan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Borang permohonan boleh dimuat turun di laman tersebut dan kepada pemohon, anda disarankan menyediakan dokumen penting seperti kad pengenalan pemohon dan ahli keluarga yang tinggal bersama. Perkara ini bagi memudahkan proses semakan permohonan.

MAKLUMAT LANJUT

Selain dari bantuan kewangan RM1000 ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan yang telah diperkenalkan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button