10k DiluluskanKWSP

Pengeluaran Khas KWSP : Permohonan Secara Online Kini Dibuka Sehingga 30 April 2022

Kemudahan Pengeluaran Khas KWSP

Baru-baru ini, pihak Kerajaan dan KWSP telah membenarkan pengeluaran khas KWSP kepada ahli / pencarum sehingga maksimum RM 10,000. Berita ini sangat menggembirakan sebahagian besar para pencarum kerana dapat mengeluarkan simpanan untuk tujuan penting pada masa kini.

Bagi para pencarum yang ingin membuat pengeluaran khas ini dari akaun KWSP, Portal Pengeluaran Khas akan menjadi platform utama dalam proses urusan pengeluaran khas KWSP RM 10,000 ini.

Di bawah telah disediakan cara permohonan pengeluaran khas KWSP.

Panduan Permohonan Pengeluaran Khas KWSP RM 10,000

Pihak KWSP telah memudahkan cara permohonan kepada para pencarum yang ingin membuat pengeluaran khas KWSP ini secara online. Bermula 1 April sehingga 30 April 2022 dibuka bagi permohonan pengeluaran khas KWSP. Permohonan boleh dibuat dengan cukup mudah iaitu anda perlu layari Portal Rasmi Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI

Nota: Pihak KWSP memperingatkan kepada ahli yang ingin membuat sebarang pengeluaran agar berfikir dahulu sebelum membuat pengeluaran dan jika benar-benar memerlukan sahaja kerana ia melibatkan simpanan pada masa akan datang.

Tarikh Bayaran Pengeluaran Khas KWSP

Untuk makluman umum, permohonan pengeluaran khas KWSP ini dibuka kepada semua ahli berumur 55 tahun dan kebawah bermula 1 April 2022 sehingga 30 April 2022. Manakala penbayaran Pengeluaran Khas KWSP ini akan mula dibayar pada tanggal 20 April 2022.

Jumlah Pengeluaran Khas KWSP

Untuk pengeluaran khas ini, pencarum boleh membuat pengeluaran mengikut had yang telah ditetapkan iaitu minimum serendah RM 50 sehingga maksimum sebanyak RM 10,000.

Pengeluaran akan berpandukan akaun 2, jika tidak mencukupi akaun 1 akan diakses dan wajib mengekalkan jumlah minimum RM 100 di dalam akaun KWSP.

Semak Baki KWSP Melalui i-Akaun

Para pencarum dinasihatkan membuat semakan terlebih dahulu baki simpanan KWSP masing-masing melalui i-akaun, di aplikasi mudah alih i-akaun atai kios KWSP sebelum membuat sebarang permohonan pengeluaran khas ini.

Pembayaran secara 0ne-off

Pembayaran pengeluaran khas KWSP ini akan dibayar secara sekali bayaran sahaja dengan cara dikreditkan terus ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli dan anda hanya perlu memastikan akaun bank anda aktif dan bawah nama anda sendiri. Menurut kenyataan pihak KWSP, akaun bersama atau didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan kemudahan pengeluaran khas KWSP ini, anda boleh layari laman rasmi KWSP atau terus hubungi di talian khas KWSP 03-8922 4848 bermula 1 April 2022.

Maklumat Lanjut 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan maklumat kemudahan dan bantuan dari pihak Kerajaan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button