BANTUANSTRSTR Tambahan

STR Tambahan : Bantuan Bakul Makanan Diberikan Selama 6 Bulan

STR tambahan telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan pada pembetangan Belanjawan 2023, inisiatif khas ini ditawarkan kepada golongan isi rumah. Untuk makluman, kepada penerima sedia ada STR kategori keluarga miskin layak menerima insentif bantuan bakul makanan selama 6 bulan.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH TAHUN 2023

Untuk makluman pemberian bantuan sumbangan tunai rahmah atau lebih dikenali sebagai STR ini adalah inisiatif yang baru diperkenalkan pada tahun ini. Pemberian ini melibatkan 3 kategori utama iaitu bujang, isi rumah dan warga emas.

Kadar bantuan yang diberikan adalah sehingga RM2,500 bergantung kelayakan kategori penerima. Jumlah tidak termasuk bantuan STR tambahan berbentuk bakul makanan bernilai RM600 ini.

Pembayaran STR 2023 akan membabitkan 4 fasa keseluruhan yang akan diberikan pada bulan Januari, April, Julai dan November tahun ini. Kepada penerima STR sedia ada, anda boleh menyemak sama ada layak atau tidak untuk mendapatkan bantuan STR tambahan berjumlah RM600 yang diberikan selama 6 bulan.

KELAYAKAN PENERIMA STR TAMBAHAN RM600

Berikut disediakan kategori penerima yang layak mendapatkan bantuan tambahan berbentuk bakul makanan ini seperti dibawah :

  • Penerima STR kategori isi rumah (berkeluarga) yang tersenarai sebagai miskin tegar dalam rekod maklumat data e-kasih
  • Pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) miskin tegar berdasarkan semakan silang agensi pendapatan
  • Kepada yang layak akan menerima bantuan bakul baucar makanan RM100 selama 6 bulan dengan jumlah RM600.

Nota : Kepada kategori yang layak menerima bantuan tambahan berbentuk bakul makanan ini akan menerima jumlah STR keseluruhan sebanyak RM3,100.

SEMAKAN STATUS STR 2023

Kepada penerima sedia ada dan permohonan baru yang layak anda menerima bayaran seterusnya pada fasa ketiga (3) yang dijadualkan bulan Julai 2023. Untuk semakan status STR terkini anda, sila layari portal rasmi MySTR 2023 –DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan STR terdapat pelbagai inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan yang telah disediakan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Bagi mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan April dan berkelaykan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button