BANTUANBLKMLesen Memandu

Ramai Yang Terlepas Pandang Bantuan Lesen Memandu BLKM, Semak Segera

Terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk program dan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini. Faktor utama banyak bantuan dilancarkan adalah bagi membantu Keluarga Malaysia yang memerlukan bagi tahun 2022.

Salah 1 Program bantuan yang telah diumumkan pada tahun ini adalah Program Bantuan Lesen Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BLKM. Di halaman bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan BLKM 2022.

Butiran BLKM 2022

Untuk sedia maklum, melalui pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (KPM) dan hasil kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) telah memperkenalkan 1 program bantuan berbentuk Lesen Memandu (BLKM).

Program bantuan lesen memandu ini diperkenalkan adalah bagi membantu golongan Keluarga Malaysia yang kurang berkemampuan terutama kepada kalangan yang berpendapatan rendah bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2 pada tahun ini.

Program BLKM ini juga merupakan 1 Skim tanggungjawab sosial korporat (CSR) MOT melalui pihak JPJ yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia.

Kadar Bantuan

Menerusi Program BLKM ini, kepada penerima yang layak hanya akan dikenakan bayaran sebanyak RM 250 sahaja untuk setiap orang yang menghadiri kursus latihan secara singkat dan lancar.

Untuk makluman, kadar bayaran yang dikenakan adalah jauh lebih rendah berbanding kos bayaran sebenar yang perlu dibayar oleh individu biasa yang ingin memiliki lesen memandu kelas B2 iaitu dengan jumlah bayaran sebanyak RM 750 untuk setiap individu.

Permohonan BLKM?

Bagi pengetahuan umum, sehingga hari ini masih belum ada kenyataan rasmi diumumkan berkenaan cara membuat permohonan BLKM ini. Anda tidak perlu risau, sebarang maklumat terbaru berkenaan BLKM ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan anda.

Nota : Setakat ini, pemilihan calon yang automatik layak menerima bantuan BLKM ini terdiri daripada senarai penerima bantuan eKasih.

Jika anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan BLKM ini, anda boleh merujuk pada perkara di bawah :

  • Portal Rasmi : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
  • E-mel : [email protected]
  • Media Sosial Facebook : Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ)
  • Nombor Telefon : 03 8000 8000.

Maklumat Lanjut

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini terdapat pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan khususnya bantuan berbentuk tunai bagi membantu meringankan beban pembelanjaan Keluarga Malaysia yang memerlukan pada tahun 2022. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button