BANTUANiSejahtera

Program Bantuan Kewangan B40

Untuk makluman, pada tahun 2022 terdapat sebuah program bantuan yang dikenali sebagai I-Sejahtera. Program i-Sejahtera merupakan pemberian bantuan keprihatin daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada rakyat Pulau Pinang yang layak menerima bantuan Program i-Sejahtera 2022 dijangka bermula pada penghujung April 2022.

Bagi informasi semasa, pembayaran BKM Fasa 3 sedang dalam proses bermula 20 September dan dijangka selesai pada 27 September secara berperingkat.

Syarat Kelayakan I-Sejahtera

Syarat utama program i-Sejahtera ialah pemohon mestilah :

  • Warganegara Malaysia dan menjadi pengundi di Pulau Pinang (Kecuali Program OKU).
  • Keperluan lengkap setiap program beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat di pautan syarat kelayakan.

Kategori Bantuan & Kadar Bayaran

Bayaran (1) Sekali Setahun

  • Program Penghargaan Warga Emas: RM150
  • Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
  • Program Ibu Emas: RM100
  • Program Bantuan Orang Kurang Upaya: RM150
  • Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah

Bayaran One-Off (Secara Terus)

  • Program Anak Emas: RM200
  • Khairat Kematian: RM1,000

Jadual Pembayaran

Bagi makluman, pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang layak. pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 jun setiap tahun.

Pendaftaran yang disahkan selepas 30 Jun akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya. Contoh jika anda daftar pada bulan september, anda akan menerima pada tahun hadapan.

Panduan Permohonan

Dibawah telah disediakan cara mohon bantuan I-Sejahtera seperti berikut:

  1. Sila layari Laman Rasmi I-Sejahtera – DI SINI
  2. Kemudian Klik Permohonan Baru & Semakan Status
  3. Semak No Kad Pengenalan.
  4. Mohon Program Penghargaan untuk mendaftarkan ID dan kata laluan.
  5. Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
  6. Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan.
  7. Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon hendaklah menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian khas 04-650 5699.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda dapatkan, sila ke laman utama yang telah disediakan –DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button