BANTUANSAVE

Dapatkan Bantuan RM400 ~ Tarikh Tutup Disember

Bantuan RM400. Sepanjang tempoh tahun 2022, semua warganegara Malaysia layak dapatkan bantuan baucar secara percuma sebelum tarikh tutup pada 31 Disember 2022 melalui Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE 3.0 dari pihak Kerajaan.

BANTUAN RM400

Perlaksanaan bantuan ini dikenali sebagai SAVE 3 adalah sambungan daripada program SAVE 1 dan SAVE 2 pada tahun sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk elektrik yang menjimatkan tenaga dan sekaligus menyumbangkan kepada penjimatan elektrik – bil bulanan anda.

Melalui Program bantuan RM400 SAVE 3 ini, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 bagi pembelian barangan peralatan elektrik (Cekap Tenaga). Program ini untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik mempunyai label cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan elektrik yang diiktiraf dan menerima label cekap tenaga 4 dan 5 bintang daripada pihak Suruhanjaya Tenaga.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM400

Program bantuan RM400 ini hanya diberikan kepada individu dan isi rumah yang berstatus warganegara Malaysia yang sah sahaja. PebusAN baucar ini terhad kepada 1 akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First Come First Serve’.

Bagi penerima e-rebat untuk program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 dalam program SAVE 3.0, Pembelian boleh dibuat secara online di mana-mana platform e-dagang seperti Lazada, Shopee dan PG Mall. Pembelian boleh juga dibuat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya yang berdaftar.

Manakala dalam bantuan ini telah terbahagi kepada 2 kategori iaitu, kategori 1 bagi pembelian penghawa dingin dan peti sejuk. Bagi kategori 2 pula untuk pembelian Televisyen, Mesin basuh, periuk atau ketuhar gelombang mikro.

JUMLAH BANTUAN

Kepada warganegara, individu atau keluarga yang layak akan mendapat maksimum sehingga RM 400 e-rebat (RM 200 untuk Kategori 1 dan RM 50 – RM 200 untuk Kategori 2).

Bantuan sehingga RM400 ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan peralatan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 dan 5 bintang sahaja.

CARA CLAIM BANTUAN

Kepada yang menepati syarat kelayakan, anda boleh menebus baucar e-rebat SAVE 3 secara online. Sila layari laman platform e-dagang pilihan anda yang telah disediakan seperti berikut :

  • Untuk claim bantuan sehingga RM 400 di platform Lazada, sila klik – DI SINI
  • Untuk claim bantuan sehingga RM 400 di platform Shopee, sila klik – DI SINI

Untuk makluman, ramai yang telah berjaya mendapatkan bantuan ini. Masih belum terlambat kerana bantuan ini dibuka sepanjang tahun 2022 dan akan luput pada tarikh 31 Disember 2022.

Maklumat Lanjut

Terdapat pelbagai jenis Program dan inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan. Telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan pada tahun ini.

Sekiranya anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button